Laman Utama

Dianggap Hina Golongan Peneroka, Alyah : “Saya Langsung Tak Berniat…”

Asyikin Mayudin
13/10/2023
07:50 MYT
Kenyataan penyanyi Datin Alyah yang dianggap seperti menghina golongan peneroka kelapa sawit atau kebuh getah ketika membuat siaran langsung di TikTok baru-baru ini mengundang kecaman netizen.
Alyah menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk menghina namun kenyataannya itu sekadar gurauan menjawab soalan netizen yang menuduhnya berkahwin dengan pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS disebabkan harga.
“Saya terbaca komen yang mengatakan saya berkahwin dengan Tok Ram kerana harta. Saya menjawab kepada soalan itu dengan nada melawak dan tak ada niat apa-apa pun dalam hati saya.
“Jawapan saya kahwin dengan Tok Ram kerana harta? Saya bukan tiba-tiba keluar dari pokok kelapa sawit? pokok getah ke? Saya langsung tidak menyebutkan atau berniat menghina para anak peneroka,” jelasnya.
Alyah turut menjelaskan apa yang dimaksudkannya adalah dia berkahwin dengan Tok Ram ketika namanya sedang meningkat naik menerusi lagu Kisah Hati dan Sesal Separuh Nyawa.
“Kenapalah saya nak menghina anak peneroka sedangkan mak saya anak peneroka kut. Maksud saya dalam perbualan live TikTok kemarin, saya berkahwin dengan Tok Ram di saat nama saya menjulang Kisah Hati dan Sesal Separuh Nyawa.
“Bukan saya tiba-tiba keluar dari parit ke? hutan ke kelapa sawit ke? pokok getah ke? Jadi bila headline portal yang mengambil cerita ni menjadikan pekara yang remeh menjadi besar,” jelasnya.
Dalam pada itu, Alyah turut memberitahu dia juga dibesarkan dalam keluarga yang susah dan mencari rezeki dengan bakat nyanyiannya.
Memohon maaf atas salah faham yang berlaku, Alyah turut menegaskan dia berkahwin dengan Tok Ram bukan disebabkan harta seperti yang didakwa.
Untuk rekod, Alyah mendirikan rumah tangga dengan Tok Ram pada Mac 2013 dan masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
the-hardest-singing-show

THSS: Dapat No.3, Stacy Mohon Maaf Kecewakan Peminat - "Mereka Harapkan Saya Juara"

gempak
16/07/2024
02:55 MYT
Pemenang tempat ketiga The Hardest Singing Show pada musim pertama, Stacy meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dapat merebut gelaran juara.
Hiburan

Alyah Dapat Ilham Nama Anak Izzara Dari Restoran Di R&R Ayer Keroh, Tak Pernah Rancang Ambil Anak Angkat

gempak
14/07/2024
08:55 MYT
Menurut Alyah atau nama sebenarnya Nor Hasliah Abu Hassan, 43, dia menamakan Nur Izzara apabila mendapat ilham ketika berkunjung ke sebuah restoran di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, Melaka.
Viral

Peniaga Durian Tular Tidak Berbaju Akui Kesilapan, Tampil Mohon Maaf - “Ketika Meniaga Kami Pakai..”

gempak
11/07/2024
10:22 MYT
Salah seorang daripada peniaga durian tular yang dikenali sebagai Muhammad Al Irfan Mohamad Al Hady, 25, atau Irfan tampil membuat permohonan maaf susulan kandungan berniaga separuh bogel yang dimuatnaik oleh pihaknya disalahertikan oleh beberapa pihak.
Hiburan

Alami Batuk Berpanjangan, Alyah Derita Tidur Duduk Seminggu - "Saya Terfikir Adakah Saya Akan Mati Di Sini ..."

gempak
11/07/2024
03:55 MYT
Penyanyi Datin Alyah berkongsi keadaan kesihatannya yang terkini setelah keluar dari hospital pada Isnin lalu.
Hiburan

Cuaca Cecah 53 Darjah Selsius Di Tanah Suci, Alyah Alami Demam & Batuk - "Ini Kali Pertama Saya ..."

gempak
25/06/2024
06:55 MYT
Penyanyi Datin Alyah mendedahkan kesihatannya sedikit terganggu sewaktu menjalankan ibadah haji ketika ini.