Laman Utama

Dianggap Menuduh Khairul Aming Punca Masalah Kesihatan Rakyat Malaysia, Ini Penjelasan Dr Rafidah - “Dua Ayat Terakhir Saya Sepatutnya…”

gempak
Asyikin Mayudin
03/04/2023
02:50 MYT
Sponsor Banner
Dianggap Menuduh Khairul Aming Punca Masalah Kesihatan Rakyat Malaysia, Ini Penjelasan Dr Rafidah - “Dua Ayat Terakhir Saya Sepatutnya…”
Video masakan pempengaruh media sosial Khairul Aming yang memperlihatkan cara membuat sambal hijau bilis dan telur dadar mendapat teguran daripada pakar perubatan terkenal, Dr Rafidah Abdullah.
Dr Rafidah menerusi Twitter miliknya menasihati Khairul Aming yang juga usahawan itu untuk tidak menggunakan terlalu banyak minyak dalam masakan.
“Salam Khairul Aming. Saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat. Banyak sangat minyak ni. Goreng is not good.
“Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia. Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merundum. Thank you,” komen Dr Rafidah.
Bagaimanapun teguran Dr Rafidah itu mendapat pelbagai respon yang rata-rata netizen melihat komen itu secara negatif.
Menyedari teguran itu disalah erti, Dr Rafidah tampil memohon maaf sekiranya kenyataannya itu seakan-akan menuduh Khairul Aming menjadi punca masalah kesihatan rakyat Malaysia.
“Saya mohon maaf kerana saya nampak ramai yang salah anggap yang saya menuduh En Khairul Aming merosakkan kesihatan rakyat Malaysia. Dua ayat terakhir saya sepatutnya di para yang lain.
“Walaubagaimanapun, harapan saya video-video atau content mana-mana influencer ada tertera kandungan kalori,” katanya.
Malah sebelum itu Dr Rafidah ada turut menyertakan tips pemakanan yang sihat untuk mengelak daripada penyakit buah pinggang.
“Ini antara tips pemakanan sihat untuk elak penyakit buah pinggang. Kesihatan diri adalah tanggungjawab diri sendiri.
“Tapi, saya nasihatkan lebih ramai influencers, 1. buat video makanan sihat dan 2. letak kandungan kalori setiap masakan mereka,” kongsinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live