Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Dibandingkan Dengan KJ, Ini Penjelasan Syed Saddiq... Mengapa Main Video Game Dengan Penyampai ERA

Syafiqah Jalal 09/10/2018 | 02:45 MYT
Perlawanan video game antara Menteri Belia dan Sukan. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama penyampai radio ERA iaitu Johan, Haniff dan Ray telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif di kalangan netizen.
Rata-rata membandingkan cara dan pendekatan Saddiq dengan Khairy Jamaluddin yang memegang portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan sebelum ini.
Bagaimanapun, Saddiq tidak berdiam diri malah tampil memberi respon serta perjelas berhubung isu tersebut.
“[Esport dan pasaran Malaysia yang bernilai 586.7juta USD]
“Pasti ramai sudah maklum cerita saya bermain FIFA19 bersama rakan ERA. Pelbagai respons yang timbul dari aktiviti kami di Menara KBS.
“Tujuan utama saya bermain FIFA19 bersama rakan ERA adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk mempromosikan Hari Sukan Negara 2018 pada 13 Oktober tahun ini. Memang antara tugas Menteri Belia dan Sukan adalah untuk mempromosikan program sukan terbesar negara ini. Tahun ini, saya ingin cuba sesuatu yang unik dan dekat dengan golongan belia.
“Jika anda menonton siaran FIFA19 itu, berulang kali saya dan rakan ERA mempromosikan Hari Sukan Negara 2018. Lebih 170,000 tontonan berjaya diraih dari promosi ini. Tidak ada banner, iklan di tv, baju program. Semuanya di atas talian internet. Jimat kos dan efisien.
“Jika anda perasan juga, teammate saya adalah Luqman 'Fenrir' Haziq, pemain FIFA yang mengharumkan nama negara di peringkat dunia seperti di FIFA Ultimate Team Champions Cup Barcelona, satu-satunya wakil dari Asia Tenggara. Beliau dibantu oleh Gamesbond, syarikat permainan video anak muda Malaysia. Semestinya ikon esports anak muda!
“Semua ini adalah usaha saya untuk mempromosikan Hari Sukan Negara dan esports di Malaysia. Antara tarikan tahun ini sudah tentulah karnival esports.
“Malaysia adalah pasaran esports ke 21 terbesar di dunia dengan nilai 586.7 juta USD dan kita punya lebih 14 juta pemain setakat tahun 2017. Ini adalah industri, bukan lagi hanya sekadar hobi santai.
“Industri esports lebih dari sekadar pemain, jurulatih dan penganjur program. Usahawan muda esports, akademi bertauliah, programmer, game designer, pereka aplikasi atas talian, virtual reality. Ini semua berkait rapat dengan esports. Contohnya, Wan Hazmer yang pernah berkhidmat di Square Enix dan menjadi game designer Final Fantasy XV dan kini pulang menabur bakti di Malaysia. Jadi saya mahu kembangkan potensi ini di Malaysia sebagai hab esports Asia Tenggara.
“Saya bersama rakan-rakan sejawatan akan turun padang dan menyambut Hari Sukan Negara bersama anda semua rakyat Malaysia. Jumpa semua di Hari Sukan Negara pada 13 Oktober 2018,” tulisnya.
Syed Saddiq berkongsi penjelasan tersebut menerusi akaun rasmi Instagramnya.
Rata-rata pengikutkanya juga turut bersetuju dengan pendapat beliau dan merasakan ia satu alasan yang tepat.

*esports dan pasaran Malaysia yang bernilai 586.7juta USD* . Pasti ramai sudah maklum cerita saya bermain FIFA19 bersama rakan ERA. Pelbagai respons yang timbul dari aktiviti kami di Menara KBS. . Tujuan utama saya bermain FIFA19 bersama rakan ERA adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk mempromosikan Hari Sukan Negara 2018 pada 13 Oktober tahun ini. Memang antara tugas Menteri Belia dan Sukan adalah untuk mempromosikan program sukan terbesar negara ini. Tahun ini, saya ingin cuba sesuatu yang unik dan dekat dengan golongan belia. . Jika anda menonton siaran FIFA19 itu, berulang kali saya dan rakan ERA mempromosikan Hari Sukan Negara 2018. Lebih 170,000 tontonan berjaya diraih dari promosi ini. Tidak ada banner, iklan di tv, baju program. Semuanya di atas talian internet. Jimat kos dan efisien. . Jika anda perasan juga, teammate saya adalah Luqman 'Fenrir' Haziq, pemain FIFA yang mengharumkan nama negara di peringkat dunia seperti di FIFA Ultimate Team Champions Cup Barcelona, satu-satunya wakil dari Asia Tenggara. Beliau dibantu oleh Gamesbond, syarikat permainan video anak muda Malaysia. Semestinya ikon esports anak muda! . Semua ini adalah usaha saya untuk mempromosikan Hari Sukan Negara dan esports di Malaysia. Antara tarikan tahun ini sudah tentulah karnival esports. . Malaysia adalah pasaran esports ke 21 terbesar di dunia dengan nilai 586.7 juta USD dan kita punya lebih 14 juta pemain setakat tahun 2017. Ini adalah industri, bukan lagi hanya sekadar hobi santai. . Industri esports lebih dari sekadar pemain, jurulatih dan penganjur program. Usahawan muda esports, akademi bertauliah, programmer, game designer, pereka aplikasi atas talian, virtual reality. Ini semua berkait rapat dengan esports. Contohnya, Wan Hazmer yang pernah berkhidmat di Square Enix dan menjadi game designer Final Fantasy XV dan kini pulang menabur bakti di Malaysia. Jadi saya mahu kembangkan potensi ini di Malaysia sebagai hab esports Asia Tenggara. . Saya bersama rakan-rakan sejawatan akan turun padang dan menyambut Hari Sukan Negara bersama anda semua rakyat Malaysia. Jumpa semua di Hari Sukan Negara pada 13 Oktober 2018 !

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

#Era #Penyampai Era #Era #Syed Saddiq #Khairy Jamaludin
;