Dibenarkan Keluar Hospital Selepas Serangan Jantung, Jasmin Hamid Panjat Rasa Syukur
Izwan Isa
05/06/2022 01:50 MYT
05/06/2022 01:50 MYT
Selepas hampir seminggu berada di Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan akibat serangan jantung, pelakon popular, Jasmin Hamid dibenarkan pulang ke rumah.
Hal itu dikongsikan oleh Jasmin menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
“Allah Maha Baik… Syukur alhamdulillah. Suami dan anak-anak jemput saya balik rumah. Dengan izin Allah dan berkat doa suami, anak-anak, adik-beradik, mentua, famili, sanak-saudara, kenalan dan kalian semua,saya dah makin sihat dan dibenarkan keluar dari hospital petang ini (semalam).
“Tiada kata selain terima kasih banyak-banyak para doktor dan jururawat yang bertungkus-lumus merawat saya hingga kembali sihat. Terima kasih juga buat sanak-saudara, sahabat handai yang sempat ziarah saya di hospital.
“Terima kasih juga pada semua yang sayang saya sebab tak henti-henti bertanyakan khabar saya dan mendoakan kesihatan saya kembali pulih,” tulis Jasmin.
Menerusi ruangan komen, rakan-rakan artis seperti Sharifah Shahora, Nazia Mustafa, Hisyam Hamid, Azza Elite dan Elisya Sandha turut sama menzahirkan rasa syukur dengan keadaan kesihatan Jasmin yang semakin pulih.
Terdahulu, menerusi Instagram Jasmin, suaminya, Nazmir Abd Rahim memuat naik status di Instagram yang memberitahu isterinya dikejarkan ke hospital kerana mengalami serangan jantung.
Nazmir bagaimanapun memberitahu Gempak bahawa Jasmin berada dalam keadaan stabil dan tidak ditidurkan.