Pelakon Noryati Taib atau lebih dikenali dengan panggilan Makcik Petir dalam kalangan peminat drama lakonannya kini bebas Covid-19.

Makcik Petir telah pun sihat dan dibenarkan pulang dari hospital, semalam.

Berita gembira itu disahkan sendiri oleh anak saudaranya yang juga penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin menerusi foto dimuat naiknya di Instagram.

“Syukur alhamdullilah. Terima kasih Ya Allah. Yabeda bedu. Mak Uda (Makcik Petir) saya dah sihat. Pak Uda saya tengah ke hospital ambil dia.

“Doktor beritahu Mak Uda saya bebas Covid-19. She is negative now.

“Terima kasih di atas semua doa kalian peminat Makcik Petir kesayangan ramai.

“Semoga Allah berikan kesembuhan pada pesakit pesakit Covid-19 lain dengan segera. InsyaAllah,” kongsinya.

Pada 2 Februari lalu, Makcik Petir disahkan Covid-19 dan dibawa ke hospital untuk sesi rawatan dan kuarantin.

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)