HIBURAN
Diberi Julukan Mimi Lana Junior, Ini Respons Dinda Dania - “Tapi Apa-Apa Pun…”
Sejak akhir-akhir ini, nama penyanyi Dinda Dania kerap menjadi sebutan gara-gara wajahnya yang dikatakan mirip aktres popular, Mimi Lana.
Wajah mirip
Sehinggakan ada yang menggelarkan juara Ceria Pop Star Xtra itu sebagai ‘junior’ kepada Mimi yang kini semakin kerap muncul di layar kaca dan lebar.
Begitupun, bagi Dinda sendiri, dia tidak merasakan dirinya mirip Mimi Lana. Namun, Dinda tidak menolak jika persamaan timbul disebabkan gaya rambut dan juga solekan.
“Sejujurnya, saya rasa agak tidak sama. Mungkin sebab rambut atau mekap saya ada iras-iras kak Mimi Lana. Disebabkan itu ada yang rasakan kami ni mirip.
“Tapi apa-apa pun, saya terima pujian itu,” ujarnya kepada Gempak.
Hasrat berlakon bersama
Melanjutkan bicara, Dinda yang sebelum pernah menyumbangkan suara dalam filem Dongeng Sang Kancil untuk watak arnab turut menyatakan hasrat untuk berlakon bersama Mimi Lana.
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Cuba Nasib ‘Pikat’ Dinda Dania Di IG, Cinta Bukan Keutamaan - “Ada Yang Nak Ajak Saya Bercinta Tapi…”
ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Sebak Sebenarnya ..." - Dinda Dania Belum Terfikir Sambung Pengajian, Mahu Fokus Bidang Lakonan
“Sebenarnya saya memang minat berlakon. Kalau dapat peluang, memang saya teringin sangat untuk beraksi di hadapan kamera. Dan kalau digandingkan dengan kak Mimi Lana pun ok juga,” katanya.
Watak aksi
Dinda turut menyatakan keinginan untuk membawakan watak aksi yang dianggap sesuai dengan perwatakannya.
“Saya agak kasar… jadi kalau dapat watak aksi bagi saya akan lebih mencabar. Selain itu, mungkin watak yang garang juga saya anggap sesuai dengan perwatakan saya.
Lagu Katana
Dalam perkembangan terkini, Dinda muncul dengan single terbaharu berjudul Katana. Lebih menarik lagu tersebut merupakan runut bagi Astro Originals First Wives.
“Katana merupakan nama bagi pedang Jepun. Dan apa yang saya faham, ia melambangkan seorang wanita yang berani serta kental tetapi masih menampilkan dirinya yang elegen dan cantik.
“Katana bukanlah sekadar lagu, tetapi ia melambangkan yang kita sebagai wanita tidak takut untuk bangkit semula, jika kita ditimpa sebarang musibah,” tuturnya.