,
Hiburan

Diberi Kepercayaan Hasilkan Lagu Filem James Bond, Billie Eilish Terharu

Asraf Aided
16/01/2020
12:27 MYT
Penyanyi pop remaja, Billie Eilish terharu dengan penghormatan yang diberikan kepadanya kerana dipilih untuk menulis dan merakamkan lagu tema filem aksi perisik popular James Bond terbaru, No Time To Die, lapor AWANI.
Eilish, 18, yang menulis lagu tersebut bersama abangnya Finneas O'Connell, merupakan artis paling muda dalam sejarah untuk menggalas tanggungjawab itu.
Menurut penerbit filem Bond menerusi akaun Twitter rasmi @007, Eilish telah disifatkan mengikuti jejak langkah Adele, Madonna, dan Paul McCartney untuk tugasan itu.
No Time to Die merupakan filem ke-25 dalam kembara Bond dan bakal menemui peminat pada April nanti.
Aktor Daniel Craig masih menggalas tanggungjawab sebagai ejen rahsia British buat kali kelima dan terakhir.
Eilish mencapai zaman kemuncak pada tahun 2019, dengan lagu hit seperti Bad Guy dan All the Good Girls Go to Hell, serta tercalon dalam enam kategori Anugerah Grammy termasuk album terbaik dan artis baru terbaik.
“Saya rasa seperti 'gila' kerana dapt menjadi sebahagian dari penghasilam filem Bond, dapat menghasilkan lagu tema untuk sebuah filem lagenda adalah satu penghormatan. James Bond adalah francais filem paling hebat yang pernah wujud. Saya masih terkejut,” ujar Eilish dalam satu kenyataan.
Lagu tema nyanyian Adele untuk filem Bond pada 2012, Skyfall telah memenangi Oscar, Grammy dan Golden Globe, sementara penyanyi Sam Smith yang menyanyikan lagu untuk filem Spectre pernah membawa pulang anugerah lagu asal terbaik sewaktu Anugerah Oscar 2016.
Sumber : Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Billie Eilish Dedah Kena ‘Ghosting’: “Dia Tidak Pernah Hubungi Saya Lagi, Adakah Dia Sudah Mati?”

gempak
11/06/2024
12:50 MYT
Billie Eilish mungkin popular dan sebagai selebriti, ramai yang ingin menjadi teman istimewa penyanyi tersebut.
Hiburan

Barisan Selebriti Ini Mengenakan Pin Merah Ketika Menghadiri Oscar, Simbolik Desakan Gencatan Senjata Di Gaza

gempak
11/03/2024
13:55 MYT
Penyanyi Billie Eilish dan pelakon Mark Ruffalo antara tetamu Academy Awards yang mengenakan pin berwarna merah pada acara tersebut sebagai simbolik seruan gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
Hiburan

Cover Lagu Billie Eilish Dapat Tontonan Lebih 2.4 Juta, Eddy Sophian Berkobar-Kobar Kembang Bakat Menyanyi! - "Saya Tersenarai Finalis ..."

gempak
10/02/2024
11:57 MYT
Tak sia-sia usaha Eddy Sophian cover lagu antarabangsa.
Laman Utama

Ketagihan Pornografi, Billie Eilish Akui Otaknya Rosak

gempak
07/08/2023
03:20 MYT
Billie buat pengakuan berani
Laman Utama

Billie Eilish Tak Faham Kenapa Kena 'Cancel' Lepas Ubah Penampilan

gempak
30/05/2023
14:55 MYT
Billie Eilish meluahkan rasa keliru dengan kehendak peminat
BorakSeeni