,
Hiburan

Diberi Rezeki Anak Di Usia 38 Tahun, Chiwan Chilok Syukur Isteri Tak Mengidam Bukan-Bukan - “Cuma Masa Awal Kehamilan Dia Tak Boleh…”

Asyikin Mayudin
03/09/2024
07:55 MYT
Pelawak Chiwan Chilok melahirkan rasa syukur apabila isterinya kini sedang hamil cahaya mata pertama mereka dan segala proses kehamilan juga berjalan dengan lancar.

Mengidam makanan

Tak boleh makan daging di awal kehamilan, Chiwan atau nama sebenarnya Muhammad Azwan Sabri turut berkata isterinya ada mengidam makanan namun ia sesuatu yang mudah dicari.

“Alhamdulillah, umur 38 tahun ini sepatutnya dah ada anak umur tujuh tahun kan. Tapi rezeki saya dikurniakan cahaya mata sekarang. Syukur semuanya dalam keadaan baik.

“Ikutkan tarikh bersalin itu mungkin hujung bulan Januari atau awal Februari. Sekarang orang rumah dah mengidam macam-macam la. Tapi mengidam benda simple, yang kita boleh dapat.
“Cuma masa awal kehamilan dia tak boleh makan daging, sedangkan sebelum ini okay saja. Bila doktor periksa, darah dia turun pula. Jadi, saya cuba la bagi juga dia makan daging,” katanya kepada Gempak.

Tak kisah jantina

Tiada perancangan untuk mengadakan ‘gender reveal’, Chiwan memberitahu dia tidak kisah dikurniakan cahaya mata perempuan atau lelaki.

“Saya tak ada perancangan pun nak buat gender reveal. Bagi saya, kalau doktor nak beritahu jantina anak, saya tak kisah pun. Nak biar jadi kejutan sebenarnya.

“Tapi ikutkan genetik dari ibu bapa sebelah isteri saya ramai perempuan, manakala saya pula ramai lelaki. Tapi saya tak kisah la (jantina), janji baby sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: "Buat Yang Terbaik, Hari-Hari Mak Doakan..." - Chiwan Sebak Teringat Pesanan Arwah Ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Al-Fatihah… Ibu Chiwan Chilok Meninggal Dunia

“Saya memang tak ada teringin anak perempuan ke lelaki… saya hanya berdoa pada Allah agar anak saya nanti sihat… itu saja,” ujarnya.
Untuk rekod, Chiwan mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Amira Ayuni Hashim pada 4 Mei lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Wanita Guna Anak Buat Konten POV ‘Suami’ Di TikTok Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Kak, Tak Elok Buat Video Macam Itu…”

gempak
14/09/2024
00:55 MYT
Menerusi tinjauan Gempak, ada beberapa video yang dimuat naik oleh pemilik TikTok berkenaan menjadikan anaknya sebagai konten ‘Point of View ‘(POV) di mana dia cuba menggambarkan remaja lelaki itu sebagai suami.
Terkini

Pengapit Lupa Jalan, Pengantin Wanita Drive Sendiri Kereta Pergi Menikah!

gempak
09/09/2024
07:55 MYT
Gelagat seorang pengantin wanita mengambil alih 'stereng' daripada rakannya yang juga pengapit mencuit hati netizen.
Sukan

Hebat! Wanita Kudung Tangan Raih Perfect 10, Atlet Memanah Paralimpik Ini Curi Perhatian Dunia

gempak
06/09/2024
18:55 MYT
Hebatnya atlet memanah paralimpik India, Sheetal Devi, 17, yang mencuri perhatian dunia apabila berjaya menampilkan persembahan cemerlang dalam Sukan Paralimpik Paris 2024.
Hiburan

“Kalau Pandai Masak Itu Satu Bonus” - Hun Haqeem Dedah Ciri-Ciri Wanita Pilihan Hati

gempak
06/09/2024
04:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem mendedahkan kriteria wanita pilihan yang bakal menjadi suri hatinya.
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.