Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Dibina Sejak 12 Tahun Lalu, Ini 10 Fakta Menarik Mengenai Rumah Atas Air Yang Tular

Syafiqah Jalal 26/06/2020 | 14:41 MYT
Rumah atas air yang mula tular baru-baru telah menjadi perhatian apabila rata-rata tertarik dengan dekorasi rumahnya yang kemas dan bersih meskipun berdindingkan kayu serta beratapkan zink.
Astro Gempak berkesempatan menemuramah pemilik rumah tersebut, Ahmad Mokhtar Taib, 30, dan isterinya Mariyah Ghazali, 30, serta mendapati terdapat banyak perkara menarik yang ramai tidak tahu disebalik rumah kecil itu.
Berikut 10 fakta menarik mengenai rumah atas air tersebut:
#Dibina sejak 12 tahun lalu ketika mula-mula bapa Mokhtar mengusahakan penternakan ikan siakap
#Terletak di Kg. Gong Tepah, Marang Terengganu.
#Asalnya rumah rehat dan persinggahan bapanya di siang hari selepas penat bekerja mengusahakan penternakan ikan siakap.
#Rumah atas air itu dibina di atas tong drum plastik.
#Isterinya, Mariyah berasal dari Kemboja
#Mariyah memberitahu rumahnya hanya dihias dengan barangan kedai serbaneka (ECO) yang barangnya berharga RM2.10 setiap satu.
#Keluarga itu baru sahaja tinggal di rumah tersebut dua tahun lalu selepas berpindah dari Alor Setar, Kedah.
#Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan mempunyai seorang cahaya mata yang lahir pada tahun 2018.
#Rumah tersebut tidak mempunyai sekatan ruang dan ia bentuk seperti sebuah bilik yang mempunyai dapur, bilik tidur dipasang tirai, ruang tamu dan bilik air.
#Rumah tersebut lengkap dengan sumber air bersih dan elektrik serta mesin basuh baju, peti sejuk serta keperluan asas lain.
#Rumah #Dekorasi #Rumah Atas Air #Fakta #Menarik
;