Jika anda mahukan satu filem yang boleh membuatkan ‘adrenaline rush’ untuk ditonton, maka Ben & Jody adalah jawapannya.

Tak perlu mukadimah panjang-panjang, nah! Kami kongsikan lima fakta menarik tentang Ben & Jody.

#Sekuel Filosofi Kopi

Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya Ben & Jody merupakan sekuel daripada filem popular Indonesia berjudul Filosofi Kopi.

Berbeza dengan Filosofi Kopi, Ben & Jody ini lebih tertumpu kepada genre aksi dan juga kisah yang berbeda.

#Pelakon Gred A, lakonan bintang kelas dunia

Dibintangi pelakon terkenal Indonesia iaitu Chicco Jerikho dan Rio Dewanto yang sememangnya disegani dengan lakonan bertaraf antarabangsa.

Bukan itu sahaja, pelakon lain yang turut membintangi filem ini antaranya Yayan Ruhian, Hana Prinantina, Arswendi Nasution, Aghniny Haque, Luna Maya, sehinggalah yang paling kecil Muzakki Ramdhan tidak perlu diragui kreditibili taraf lakonannnya.

#Nama-nama unik

Difahamkan nama-nama unik karakter dalam Ben & Jody ini direka oleh Chicco Jerikho dan Rio Dewanto.

Sebagai contoh nama unik Aa Tubir iaitu karakter yang dilakonkan oleh Yayan Ruhian juga diciptakan oleh mereka berdua.

Nama lain yang direka adalah Gele, Getem, Pencor dan Encek.

#Mengenang mendiang Glenn Fredly

Idea awal pembikinan filem ini adalah berpunca daripada luahan hati mendiang penyanyi popular Indonesia, Glenn Fredly yang tidak berpuas hati terhadap pembikinan filem aksi Hollywood.

Disebabkan itu Glenn memcetuskan idea untuk menghasilkan filem aksi yang mempunyai maksud tersendiri dan perkara itu didedahkan oleh Chicco Jerikho.

#Filem aksi pertama Visinema Pictures

Sebelum ini Visinema Pictures terkenal dengan filem yang bertemakan drama kekeluargan sehinggalah romantis.

Namun lari daripada zon selesa, Visinema membuktikan kemampuan mereka dengan filem bergenre aksi dan muncul dengan Ben & Jody.

Lihat sahaja pada poster pun sudah tahu betapa hebatnya filem ini kan?

Jadi apa tunggu lagi guys!

Saksikan Ben & Jody yang ditayangkan terus di pawagam rumah anda iaitu Astro First yang sudah pun ditayangkan bermula 2 Jun 2022.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.