“Dibuat Dengan Kemas, Memang Kelebihan Chiu” - Razaisyam Rashid Puji Filem On Your Mark
Azwa Rahman
03/09/2021 07:47 MYT
03/09/2021 07:47 MYT
Filem pecah panggung di negara China pada tahun ini, On Your Mark telah menemui penonton Malaysia bermula 26 Ogos lalu.
Hasil garapan pengarah tersohor Chiu Keng Guan ini memberi penghormatan kepada bapa-bapa seluruh dunia yang cekal, berhati waja dan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga mereka.
Sutradara terkenal Razaisyam Rashid tidak melepaskan peluang menonton filem yang penuh emosi ini.
Menurut Razaisyam, sebagai penonton, dia sangat tersentuh dengan hubungan bapa dan anak yang menjadi tunjuang filem ini.
“As audience, benda yang konfirm aku dapat bila tengok filem director Chiu - dibikin dengan kemas. Filem ni sukses kat China sebab kelebihan Chiu memang power buat commercial feel good tearjerker movies.
“Lagi satu, filem yang bermain dengan soft spot aku cerita pasal ayah ni selalu akan patah la aku. Cerita yang mudah untuk aku relate, sebab ayah aku pun buat benda yang sama.
“Aku syorkan korang tengok dengan ayah korang, sebab aku tak boleh tengok dengan ayah aku dah,” tulisnya menerusi satu ciapan di Twitter.
On Your Mark dibintangi pelakon hebat China seperti Wang Yanhui, Zhang Youhao, Gong Beibi, Zhao Liang, Li Yu, Liu Jinshan dan penampilan istimewa oleh pelakon filem The Last Tycoon, Feng Wenjuan.
Filem ini mengisahkan seorang anak muda, Xiao Erdong bercita-cita untuk menjadi pelari maraton seperti ibunya.
Cita-citanya dihalang oleh ayahnya Xiao Daming kerana tidak mahu melihat anaknya kecewa mengenangkan Xiao Erdong berkemungkinan mewarisi sindrom buta seperti ibunya yang telah meninggal dunia.
Namun, sewaktu berlatih secara sembunyi, Xiao Erdong telah terjatuh dan mimpi ngeri ayahnya menjadi kenyataan apabila Xio Erdong disahkan buta.
Saksikan filem hebat On Your Mark yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 26 Ogos 2021.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.