Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dibuat Dengan Penuh Kasih Sayang, Sambal Belacan Raja Permaisuri Agong Jadi Pujaan Kerajaan Singapura & Brunei

Azwa Rahman
27/10/2019 07:31 MYT
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencuri perhatian wargamaya apabila menjadi pembekal rasmi sambal belacan kerajaan Singapura.

Menerusi laman sosial Twitter, Tuanku berkongsi surat-surat rasmi tanda penghargaan daripada mendiang Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang sangat menggemari sambal belacan air tangan baginda.

“Through the years, LKY and I had a sambal belacan friendship, i was told by a Minister from Singapore that my sambal would be served at lunch after their weekly cabinet meeting. The way to a man’s heart is through the stomach,” tulis Baginda menerusi satu kicauan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi salah satu surat rasmi tersebut, mendiang Lee Kuan Yew berterima kasih kerana Tuanku telah menghantar 20 balang sambal belacan beserta sambal ikan bilis untuk dinikmati oleh barisan tertinggi kerajaan Sungapura tersebut.

Malah, sambal belacan Tuanku turut menjadi kegemaran Perdana Menteri Singapura sekarang, Lee Hsien Loong yang merupakan anak kepada mendiang Lee Kuan Yew.

Bukan sahaja Singapura, sambal belacan Raja Permaisuri Agong turut dibekalkan di Istana Nurul Iman dan Istana Nurul Izzah di negara Brunei Darussalam.

Hasil tinjauan Gempak di laman sosial, rata-rata wargamaya teruja dengan berita tersebut dan turut mahu merasa hasil air tangan Raja Permaisuri Agong.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkongsian daripada Raja Permaisuri Agong itu sehingga kini telah menerima ribuan ulang kicau dan tanda suka daripada warga Twitter.

#Malaysia #Makanan #Kerabat