Dicemuh Sebab Minta Beli MacBook Menerusi Challenge ‘Buy Anything Above RM250’, Wanita Ini Dedah Kisah Sebenar

Izwan Isa
Januari 14, 2024 23:55 MYT
Kandungan media sosial khususnya TikTok banyak tertumpu pada kandungan berupa social experiment.

Trend ‘boleh beli apa sahaja’ dilihat makin popular dan cukup kerap digunakan sebagai subjek kandungan di TikTok.

BERITA TRENDING: Pengantin Lelaki Viral Sanding Seorang Diri, Individu Ini Tawar Nak Belanja Photoshoot Lepas Isteri…

Terbaharu, seorang wanita ‘menerima’ sebuah laptop jenis MacBook selepas memilih untuk menerima hadiah misteri daripada pencipta kandungan daripada platform tersebut.

Namun, tanpa disangka, wanita tersebut menerima kecaman yang sangat teruk, sehingga melibatkan fizikalnya.
Enggan terus dibuli di media sosial, wanita tersebut tampil memberikan kenyataan, dan menerangkan apa sebenarnya yang berlaku.
Sejurus selepas itu, ada yang mula berasa was-was terhadap kandungan TikTok serupa.
Sumber: Platoform X
#wanita #TikTok #MacBook