Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, akui menerima ujian yang dihadapi dalam rumah tangganya dengan terbuka selepas didakwa telah diceraikan pada Rabu lalu.
Bagaimanapun Shuhada berkata kepada Astro Gempak dia bakal membuat kenyataan rasmi bagi mengelak fitnah selepas mahkamah mengesahkan perceraian mereka pada 1 Mac ini.
“Saya tak bersedih sebab ini semua Allah dah tulis dan ia ujian untuk saya dan anak-anak. Jadi saya mahu lalui ujian yang diberikan oleh Allah ini dengan bersabar dan reda.
“Moga bila saya lulus ujian yang diberikan ini insya-Allah dia berikan nikmat yang lain. Saya minta agar semua mendoakan saya dan anak-anak reda dengan dugaan ini.
“Maaf saya tak boleh hendak mengulas lanjut mengenai perceraian ini kerana ia belum lagi rasmi. Saya dan Hafiz pasti akan membuat kenyataan rasmi demi untuk mengelak fitnah,” katanya kepada Gempak ketika dihubungi.
Semalam, adik kepada Shuhada yang dienali sebagai Sofia mengesahkan kakaknya sudah pun diecerikan menerusi panggilan telefon pada Rabu.
Shu bagaimana pun tidak tahu apa hikmah yang mahu diberikan Tuhan apabila mahkmah menetapkan 1 Mac sebagai temu janji pertama untuk menyelesaikan urusan perceraian mereka.
“Saya dan anak-anak sekarang berada di Perlis selesaikan segala urusan di kampung ibu bapa saya. Saya pun tak boleh selesai di luar kawasan ini.
“Sebenarnya 1 Mac itu kebetulan hari jadi saya. Saya tak tahu lah ‘hadiah’ apa yang Allah mahu kirimkan kepada saya nanti. Saya hanya mampu bersangka baik. Mungkin dia hendak beri sesuatu yang kita tidak sangka,” ujarnya.
Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain.
Kemudian muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.
Bagaimanapun, Athira mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada kerana sudah mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka.
Namun, Nurul Shuhada dalam perkongsiannya di laman Instagram pula memberitahu dia boleh memaafkan tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku.
Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.
Syafiqah Jalal
Fri Feb 24 2023


Berkawan Baik, Arnold Schwarzengger Sifatkan Bruce Willis Yang Nyanyuk Tak Pernah Bersara
Arnold sifatkan Bruce seorang insan luar biasa

Jalin Hubungan Dengan Aktor 10 Tahun Lebih Muda, Luna Maya Syukur Disokong & Minta Doa
Luna Maya ada kekasih baharu!

Siap Dalam Masa Tiga Hari, Syabil Harap Lagu Dunia Kita Mendapat Tempat Dalam Kalangan Pendengar Muzik Tempatan
Lagu Dunia Kita terinspirasi daripada pengalaman sebenar

Ini Sebab Sharifah Sakinah Pasang Ayat Al-Quran Ketika Shooting Filem Jemputan Ke Neraka…
Penggambaran pula dekat banglo lama.

#BIGSTAGE5: Baju Yang Digayakan Aina Abdul Ganggu Pandangan Penonton? Ini Jawapan Pihak Produksi: “Tak Pernah Terima Sebarang Aduan…”
Pihak produksi dah bagi jawapan

Lima Tahun Hajat Tertangguh, Raffi Ahmad Buat Kejutan Bawa Pekerja Tunai Haji
Raffi Ahmad lunas hajat

#BIGSTAGE5: “Duduk Belakang Aina Ke, Ajai Ke, Korang Still Terhalang” - Pereka Baju Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan
Ini penjelasan Masyadi Mansoor

#PE3 : Dah Kutip RM16 Juta! Fauzi Nawawi Akui Berbaloi Terbabit Dengan Filem Mega Polis Evo 3
Memang berbaloi!

#BIGSTAGE5: “Saya Tak Dilahirkan Dengan Kekuatan Vokal…” - Meer Nash Akan Usaha 10 Kali Ganda Perbaiki Kelemahan
Usaha lagi Meer Nash, all the best.

“Lainlah Minum Arak” - Baby Shima Kecewa Video Minum Dari ‘Botol Susu’ Masih Jadi Isu
Isu botol susu masih berlanjutan