gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
'Fasa Juvana' Si Bulus, Lain Macam Kucing Suka Curi Seluar Dalam Jiran!
HIBURAN
Loca B Kongsi Anak Tidak Mahu Ikut Jejak Jadi Penyanyi - “Dia Pernah Warning Kami”
HIBURAN
Bergelut Sebutan Bahasa Melayu, Kat Roshan; "Saya Dah Cuba Sedaya Upaya"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Dicop Muflis Sebab Jual Porsche, Ferrari, Sule: “Menimbulkan Kesombongan”

Maliah Surip
Maliah Surip
24/07/2025
13:43 MYT
Sponsor Banner
Dicop Muflis Sebab Jual Porsche, Ferrari, Sule: “Menimbulkan Kesombongan”
Pelawak terkenal Sule mengaku memang bercita-cita menjadi orang terkenal dan menjadi artis.
Setelah terkenal, Sule juga menggapai impiannya dengan memiliki pelbagai aset yang dibeli hasil titik peluh menjadi artis.
Bapa penyanyi Rizky Febian ini diketahui sangat gemar mengumpul kenderaan mewah.
Pada satu ketika, Sule pernah memiliki kenderaan mewah seperti Harley Davidson, Porsche, Ferrari sehingga McLaren. Namun Sule menjual hampir kesemua kenderaan mewah miliknya beberapa tahun lalu.
Tindakan itu membuat netizen berspekulasi bapa mentua Mahalini tersebut telah jatuh muflis.
Mengulas tentang dirinya muflis, Sule mengatakan dia bersyukur dengan semua dakwaan yang dilemparkan netizen kepadanya.
“Saya dibilang muflis sebab itu kena jual kenderaan mewah saya. Saya bersyukur saja. Saya bersyukur terhadap apa yang orang cakap buruk tentang saya,” ujar Sule menerusi satu temu bual podcast seperti dilaporkan Kompas.
Sule kemudian menjelaskan tindakan membeli banyak kenderaan mewah pada satu ketika dahulu adalah kerana terbawa arus hidup mewah.
Dia juga membeli aset-aset tersebut untuk memenuhi kehendak khalayak yang mahu meliht gaya hidup mewah seorang selebriti.
“Ini semuanya gaya sahaja. Takkan artis tak ada Mercy, McLaren, Harley Davidson?
“Tapi setelah punya itu semua, menurut saya malah telah menimbulkan kesombongan,” katanya.
Kini Sule memilih hidup lebih praktis. Dia sudah tidak lagi ingin memiliki Ferrari, Porshe atau Harley Davidson.
“Bayar bulanan mahal, minyak juga mahal. Saya ada Harley Davidson tapi tak dibawa pun.
“Hanya buat ambil gambar dan letak di Intagram sebab hanya mahu terlihat mewah. Buat apa?”katanya lagi.
Menegaskan dirinya tidak peduli dilabel muflis atau dikeji, Sule hanya mahu hidup santai.
“Betul, semakin tua saya hanya mahu kenderaan yang nyaman saja,” katanya menutup bicara.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Muflis
#Sule
#Ferrari
#Porsche
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement