"Dida Dah Lama Cari Payish, Mana Payish Pergi?" - Ini Reaksi Fazley Yaakob Apabila Tular Wajah Pengguna Twitter Mirip Anak Sulungnya
Amri Hassan
25/07/2018 02:24 MYT
25/07/2018 02:24 MYT
Viral di Twitter apabila seorang pengguna memuat naik fotonya bersebelahan gambar anak sulung selebriti Datuk Fazley Yaakob, Ahmad Fariedz Shah atau mesra dipanggil Payish.
Menerusi perkongsian mencuit hati itu, pemilik akaun @thezedddd itu bertanyakan keserasian wajahnya dengan anak chef selebriti itu.
"Sama ke muka aku dengan anak Datuk Fazley?" tulisnya bersama sekeping foto berbaju kemeja hijau.
Pertanyaan itu bagaimanapun mendapat perhatian Fazley sendiri dan ini jawapan penyanyi lagi Coklat Kek itu.
"Salam My Son... Dida dah lama cari Payish. Mana Payish pergi? Merajuk dengan Dida ya?
"Meh sini Dida pujuk dengan Chocolate Cake nak?" balas Fazley.
Perkongsian itu menghiburkan dan mendapat reaksi lucu dalam kalangan netizen.
Malah, ramai yang meminta kedua-duanya dipertemukan jika ada kesempatan.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @fazleyyaakob

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.