Didakwa Ada Kekasih Baharu? Zarina Anjoulie; “I Wonder Kalau Post Gambar Dengan Ba*gla Pun Orang Ingat BF…”
10/03/2023 05:00 MYT
Nama usahawan dan pelakon sensasi Zarina Anjoulie sekali lagi menjadi soroton apabila memuat naik sekeping gambar bersama seorang lelaki di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian tersebut, lelaki berkenaan meluahkah rasa rindu kepada Zarina atau mesra dengan sapaan Anju.
“Dah mula rindukan dia,” ujar lelaki tersebut pada gambar yang dikongsikan semula oleh Anju.
Bagaimanapun aktres tersebut bertindak menutup ruangan komen lantas menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen siapakah lelaki berkenaan. Malah menerusi tinjauan Gempak, dia sudah pun memadam hantaran berkenaan.
Dalam pada itu, menerusi kemas kini di IG Stories, Zarina berkata dia merasa hairan dengan sikap sesetengah netizen yang sering mendakwa setiap kali dia memuat naik gambar bersama lelaki akan didakwa kekasihnya.
“I wonder jika saya post gambar dengan orang Bangla kerja pelita (restoran) pun orang cakap dia boyfriend I.
“Semua orang la BF I, memang tak boleh ada kawan ke? Sedih hidup saya,” tulisnya beserta emoji gelak.
Terdahulu, kemelut yang melanda Zarina dan bekas tunang, Datuk Khazrul Ezley akhirnya menemui jalan pendamaian apabila kedua-dua pihak saling membuat permohon maaf.
Ini kerana, sebelum itu, mereka berdua sering ‘berperang’ antara satu sama lain dengan membalas kenyataan di laman sosial masing-masing sehingga menjadi perbualan warganet.