Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Didakwa Ada Simpan ‘Benda’ Punca Diganggu Makhluk Halus, Zara Zya Tampil Perjelas - “Wallahi, Saya Tak Pernah…”

Khairil Khusyairi
05/10/2024 00:24 MYT
Pelakon Zara Zya meluahkan rasa terkilan apabila timbul sebuah dakwaan mengatakan dirinya memiliki dan menyimpan ‘benda’ sehingga menyebabkan dia diganggu makhkuk halus.

Individu Dakwa Simpan Benda

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin menafikan dakwaan tersebut malah menegaskan dia tidak memiliki sebarang benda seperti yang didakwa individu tersebut.

Malah, Zara turut memohon semua pihak tidak terlalu taksub dengan kisah mistik yang dikongsinya baru-baru ini.

“Komen seperti ini menyedihkan saya kerana ini boleh mengundang pelbagai spekulasi dan juga fitnah terhadap saya.

“Janganlah anda semua begitu taksub dan memandai-mandai seperti ini.

“Wallahi, saya tidak pernah menyimpan apa-apa barang seperti yang dikatakan,” jelasnya di platform Threads.

Terdahulu, tular sebuah potongan video memaparkan suara Zara berubah menjadi seram ketika menyebut perkataan ‘iblis’ ketika bersiaran dalam podcast kendalian usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa bersama Pak Ngah Kun.

#Zara Zya #Makhluk Halus #Diganggu #Simpan #Benda
;