Didakwa Alami Depresi Kerana Kematian Anak, Netizen Mohon Hentikan Kecaman Terhadap 'Akak Baling Kon'
Kamaruddin Razal
07/02/2020 12:20 MYT
07/02/2020 12:20 MYT
Selepas video seorang wanita bertindak agresif apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil keputusan untuk menarik kereta miliknya tular di laman sosial, pelbagai andaian berlegar di laman sosial.
Video memaparkan sikap wanita terbabit yang 'naik hantu' telah menjadi tular di media sosial, lebih-lebih lagi apabila individu itu bertindak di luar kawalan apabila meludah orang awam yang cuba menenangkannya serta turut membaling kon ke arah PBT yang bertugas.
BACA: Ludah & Baling Kon, Tindakan Agresif Wanita Ini Cetus Kemarahan Netizen
Seorang pengguna Facebook bernama Firdaus Omar mendakwa wanita tersebut sedang melalui fasa sukar dalam kehidupannya.
Menerima pelbagai kecaman, ada juga netizen yang memohon agar orang ramai berhenti mengkritik tindakan wanita terbabit.
Pengacara TV Al-Hijrah, Finaz Yunus turut melontarkan pendapat serupa di laman sosial Twitter.
"Saya terima kiriman clip ini di Group WhatsApp. Perkara pertama yang terbit dalam fikiran saya, SIMPATI pada kakak tersebut.
"Tukang record, gelak, majoriti netizen kutuk dan hina tanpa cuba memahami mengapa beliau bertindak balas sedemikian.
"Depresi itu benar. Gapai tangan mereka," tulis Finaz.
Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat pengacara itu dan tweet Finaz turut menerima 88 ulang kicau serta 117 tanda suka.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.