HIBURAN
Didakwa Ambil Kesempatan Acara Solidariti #JusticeForZara, Rafidah Ibrahim Komen - “Yang Tak Datang Tu Jangan Cuba Fitnah, Awas Ya!”
Pelakon, Rafidah Ibrahim tampil memberikan respon berkenaan dakwaan mengatakan dirinya mengambil kesempatan terhadap perhimpunan solidariti #JusticeForZara yang berlangsung baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di Instagram Stories miliknya, Rafidah menegaskan program tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Malah kata Rafidah, mereka yang hadir ke acara tersebut meminta solidariti itu diteruskan walaupun ia sudah sampai ke penghujungnya.
Dalam pada itu, menerusi hantaran yang sama, Rafidah mengingatkan supaya orang ramai tidak terus menyebarkan fitnah mengenai acara berkenaan.
Terdahulu, Rafidah berdepan kecaman netizen selepas didakwa menyelitkan unsur politik ketika menyampaikan ucapan dalam solidariti yang sama.
Berjalan tanpa sebarang masalah
Menerusi satu hantaran di Instagram Stories miliknya, Rafidah menegaskan program tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Malah kata Rafidah, mereka yang hadir ke acara tersebut meminta solidariti itu diteruskan walaupun ia sudah sampai ke penghujungnya.
“Alhamdulillah solidariti #justiceforzara malam hari tu berjalan lancar. Sampaikan semua di situ minta untuk diteruskan lagi walaupun sudah sampai penghujung,” maklumnya.
Jangan cuba fitnah

Dalam pada itu, menerusi hantaran yang sama, Rafidah mengingatkan supaya orang ramai tidak terus menyebarkan fitnah mengenai acara berkenaan.
“Yang tak datang tu jangan cuba fitnah. Awas ya!” tegasnya.