Kejayaan murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist, Kuantan, Pahang, Maryam Muzamir ternyata menjadi perhatian ramai.

Namun tular baru-baru ini seorang individu mendakwa kemenangan yang diperoleh Maryam agak mencurigakan dan anugerah yang disertai kanak-kanak itu merupakan anugerah scam.

Disebabkan hal itu juga seorang wanita tampil memberikan penerangan serta bukti mengenai anugerah tersebut.

Menerusi akaun Twitternya, wanita yang menggunakan id @monsterious memaklumkan Maryam sebelum ini pernah memenangi beberapa anugerah anjuran UMP dan juga UITM.

“Maryam sebelum ni menang CITREX 2020, CITREX 2021 anjuran UMP dan IRIE 2021 anjuran UITM.

“Memang boleh semak memang dengan penganjur kalau nak pengesahan. Semua menang gold. Dan nak masuk competition ni memang ada yuran.

“Yang besar competition macam MTE Malaysia Texhnology Expo, ITEX pun nak masuk ada yuran. Yang oversea macam ican, british invention show, siif korea pun semua sama.

“Dari tahun lepas dah start buat online. Tahun ni 6th edition pun online jugak. Boleh check dekat website 2016 - 2019 buat kat sana. Click ICAN 2016 - 2020 kat website.

“Tahun ni punya gambar organizer dah minta pemenang ambil gambar sendiri dan bagi. Yalah, mana boleh travel since kita tengah PANDEMIC kan? Hence, the collage photos.

Ni antara collaborator/partner/supporter. Myris, usm, unesco, dan lain lain. ceo yayasan inovasi malaysia under mosti pun salah seorang juri tetap,” jelasnya





Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut juga berkongsi paparan mesej di antara bapa Maryam iaitu Muzamir bersama seorang pegawai yang bertanggungjawab mengenainya.

“Haa ni Muzamir ada share conversation dengan person in charge Mosti. YIM tu stands for Yayasan Inovasi Malaysia.

“Raikan bukan runtuhkan motivasi Maryam dengan family dia okay?” tulisnya.



Dalam pada itu dia juga berharap agar orang ramai tidak memberikan tanggapan negatif atau cepat menjatuh hukum terhadap kejayaan seseorang.

“Kita ni patutnya meraikan kejayaan dia. Untuk budak umur dia, ni satu pencapaian outstanding kot.

“Benda boleh happy happy, dah down budak tu sebab pertikaian macam ni. Apa apa pun kalau tak puas hati, boleh contact Mosti terus,” pesannya.

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Maryam atas kejayaan mengharumkan nama negara selepas meraih tiga pingat emas dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa Kanada ke-6 (iCAN 2021), di Toronto, Kanada, bulan lalu.

Maryam, 11, beroleh kejayaan dalam pertandingan inovasi dan reka cipta terbesar di benua Amerika Utara itu selepas mencipta inovasi makanan haiwan daripada kulit udang dan siput sedut.

Kejayaannya juga turut mendapat perhatian dunia melalui siaran Rancangan TV terkemuka, The Late Late Show with James Corden.

Maryam bukan sahaja mengenepikan 600 peserta lain dari 70 negara, tetapi dia juga merupakan pemenang termuda dalam pertandingan itu.

Sumber: Twitter @monsterious