,
Laman Utama

Didakwa Bakal Berkahwin, Neelofa Mohon Doa Orang Ramai - “Mudahkanlah Bagiku Urusanku”

Azwa Rahman
23/03/2021
23:19 MYT
Pengacara dan usahawan fesyen Noor Neelofa yang didakwa akan berkahwin pada hujung minggu ini memohon semua peminat untuk mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.
Biarpun tidak menjawab spekulasi mengenai dakwaan pernikahannya dengan PU Riz, namun ramai menganggap tindakan Neelofa memuat naik potongan doa tersebut sebagai permintaan daripadanya berkaitan urusan majlis perkahwinan.
Menerusi laman Instagram, Neelofa, 32, memuat naik doa-doa tersebut untuk tatapan umum.
“Dengan rahmatMu aku meminta pertolongan ya Allah.. doakan saya dalam doa-doa kalian,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Lebih menariknya lagi, hantaran tersebut turut disertakan dengan pelbagai foto dirinya yang dijadikan latar belakang doa.
Hasil pemerhatian Gempak, terdapat beberapa keping foto yang menunjukkan seseorang sedang menyarung baju berwarna putih seperti busana perkahwinan.
Malah menerusi hantaran yang berbeza di laman IG pereka fesyen terkemuka Faizul Surani iaitu Rizalman Ibrahim by Faizul Surani, dia dilihat memuat naik sekeping foto berupa kain layah perkahwinan yang tertera huruf N.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan wargamaya menitipkan doa agar segala urusan Neelofa dipermudahkan.
Ramai juga yang turut mengandaikan doa tersebut mempunyai berkaitan dengan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung kelak.
Always love! Always doa untuk you. Semoga Allah permudahkan segalanya,” komen seorang wargamaya.
Cant wait for your big day!” kata seorang wargamaya.
Gambar belakang dia tu weh! Yeay Neelofa kahwin. Alhamdulillah,” tulis seorang wargamaya.
Semoga berjalan lancar di hari bahagia tak lama lagi,” doa seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian doa Neelofa tersebut telah menerima hampir 50,000 tanda suka daripada wargamaya biarpun baru sahaja di muat naik satu jam yang lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adik Neelofa Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki!

gempak
17/11/2024
08:55 MYT
Adik lelaki kepada pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Mohamed Aqief bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Hiburan

Tegur Ameera Khan Pasal Tudung, PU Riz Dapat Pujian Netizen -”Berhalus Tegur..Bagus”

gempak
11/11/2024
07:55 MYT
PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail menegur Ameera dengan lembut ketika adik iparnya itu menyelak tudung bagi menerangkan mengenai material jubah yang digayakannya.
Hiburan

“Itu Tanggungjawab Semua Lelaki, Bukan Saya Sahaja” - Haris Ismail Komen Tentang Urusan Bil & Perbelanjaan Rumah

gempak
21/10/2024
21:55 MYT
Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail menyifatkan tugas pembayaran bil serta perbelanjaan rumah adalah tanggungjawab semua lelaki.
Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

gempak
21/10/2024
06:32 MYT
Pelakon, Noor Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih baharu.
Hiburan

Ameera Khan Lebih Memilih Lelaki Indonesia, Hati Cair Bila Dipanggil ‘Cinta’ - “Kalau Malaysia, Dari Pengalaman Saya, Bila Mereka…”

gempak
21/10/2024
04:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan atau Little Miss Khan (LMK) mengakui dia masih belum mempunyai hubungan cinta yang serius memandangkan dirinya baru berusia 23 tahun.
Unitar