UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Didakwa Bakal Fail & Pengesahan Lafaz Cerai Taklik, Along Cham Hadir Ke Mahkamah Bersama ‘Syurga’ - “Bagi Saya Jumpa Pihak…”

Asyikin Mayudin 28/01/2025 | 03:59 MYT

Pelawak Along Cham hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan Putrajaya pada pukul 11.45 pagi didakwa bagi menguruskan proses memfailkan pengesahan lafaz cerai taklik terhadap Afreena Suhaimi.

Bagaimanapun, Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42 ketika ditemui media enggan mengulas lebih lanjut dan hanya mohon mendoakan segala urusan dipermudahkan.
“Itu yang penting (doa dipermudahkan). Bagi saya jumpa pihak sepatutnya dulu untuk selesaikan urusan. Saya bawa syurga (ibu) sekali,” kata Along kepada Gempak secara ringkas.
Along tiba di perkarangan mahkamah bersama ibu dan anaknya.
Menerusi laporan media pada pagi Selasa, Along mengesahkan bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi di Mahkamah Syariah Putrajaya.
Semalam, Along melakukan sujud syukur dalam kandang tertuduh selepas Mahkamah Sesyen Sepang, semalam melepas tanpa membebaskannya (DNAA) atas satu pertuduhan memiliki dadah disyaki kanabis ditemui di kediamannya di Cyberjaya, Disember tahun lalu.
Bagaimanapun, Along didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah serta dibenarkan ikat jamin RM5,000.

Untuk rekod, Along mendirikan rumah tangga dengan Afreena pada 4 April 2024 selepas lapan tahun menduda.

#cerai #Along Cham #Afreena Suhaimi
;