Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Didakwa Bakal Kahwini Kerabat Diraja, Ini Respons Jeslina Hashim

Gempak
15/12/2023 07:50 MYT
Penyanyi Jeslina Hashim tenang berdepan pelbagai spekulasi melibatkan hubungannya dengan Tunku Eddy Nasruan Adil.

BERITA TRENDING: Sekian Lama Menyepi, Jeslina Hashim Tayang Boyfriend Baru

Bercakap kepada mStar, Jeslina, 45, berkata dia enggan mengambil pusing dengan sebarang komen yang ditinggalkan warganet di media sosial.

"Saya minta maaf, saya tidak ada sebarang komen mengenai hal ini (kahwin). Orang ramai boleh berfikir dan bercakap tentang apa yang mereka mahu.

"Mungkin satu hari nanti bila saya sudah bersedia, saya akan berkongsi kepada semua," katanya.

Terdahulu, Jeslina dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga bersama kerabat Diraja Negeri Sembilan iaitu Tunku Eddy Nasruan Adil selepas lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.

A post shared by jeslinahashim (@jeslinahashim)


Pada 1 November lalu, Tunku Eddy berkongsi hantaran meluahkan rasa bahagia bersama Jeslina dan memaklumkan tarikh ulangtahun hubungan mereka bakal bertukar 'status' pada tahun depan.

Pada hantara sama, Tunku Eddy turut memuat naik gambar bersama Jeslina sambil menunjukkan sebentuk cincin di jari manis.

Untuk rekod, Jeslina pernah mendirikan rumah tangga bersama Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005 namun bercerai pada Mac 2013.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Micah, 15, dan Keira, 13.

Sumber: mStar
#Kahwin #Penyanyi #Viral #Jeslina Hashim #Kerabat #Negeri Sembilan #Tunku Eddy
;