Hiburan
Didakwa Bakal Kembali Bersama Jennifer Aniston, Ini Jawapan Pedas Brad Pitt
Wujud khabar angin yang mendakwa aktor kacak Brad Pitt bakal kembali berkasih bersama bekas isteri pertama, Jennifer Aniston.
Menerusi laporan Cosmopolitan, dakwaan itu timbul apabila Brad menghadirkan diri sebagai tetamu di sambutan ulang tahun kelahiran Jennifer pada Februari lalu.
Ada juga yang mengatakan Brad sedang berusaha untuk kembali rapat bersama Jennifer yang kini sudah kembali solo.
Menjawab segala spekulasi, Brad menafikan tuduhan yang mengatakan dia bakal kembali bercinta dengan Jennifer.
Tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama, Brad mahu memberikan fokus untuk diri sendiri serta anak-anaknya.
"Apa yang berlalu tak akan berulang. Saya tak akan kembali mengulangi perkara lama.
"Saya tak berminat untuk keluar dengan sesiapa atau mendekati mana-mana wanita kerana jadual karier saya yang sangat padat," kata Brad.
Sebelum ini, Brad pernah berkahwin dengan Jennifer sebelum bercerai dan kemudiannya Brad menjalinkan hubungan intim dengan aktres Angelina Jolie.
Sumber: Cosmopolitan
Foto: Sify.com