Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Didakwa Bakal Pengerusi FINAS, Bapa Anzalna Nasir Mohon Tunggu Jawapan Menteri

Fiza Kamarudin 29/10/2021 | 11:20 MYT
Bapa kepada pelakon Anzalna, Mia dan Afifah Nasir, akui terkejut dengan penularan berita namanya dikatakan bakal menduduki kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Enggan mengesahkan atau menafikan khabar yang sedang bertiup kencang, bekas Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah & Penyelidikan), Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim hanya menyerahkan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa untuk menjelaskannya.
"Saya terkejut apabila berita pelantikan sebagai CEO baharu FINAS membanjiri laman sosial, hari ini.
"Tak dinafikan, ramai bertanyakan kesahihan berita ini. Saya tidak boleh komen lanjut, tunggu sahaja pengumuman menteri," katanya kepada BH Online.
Terdahulu, berita pelantikan CEO baharu FINAS mula tular apabila UPSI memuat naik ucapan tahniah kepada Dr Md Nasir yang dikatakan bakal memulakan tugas berkuatkuasa 1 November ini.
Sebelum ini, Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid dilaporkan berkata, perbadanan itu masih dalam proses akhir dalam pelantikan CEO baharu dan keputusan masih belum muktamad lagi.
Katanya, FINAS hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi sebaik proses pelantikan dimuktamadkan.
Kekosongan jawatan itu berlaku selepas pengarah dan penerbit, Ahmad Idham yang dilantik sebagai CEO FINAS pada Mac 2019 mengundurkan diri berikutan bakal memikul tanggungjawab lebih besar untuk membawa industri kreatif ke persada antarabangsa, pertengahan bulan ini.
#FINAS #Pengerusi FINAS #Bapa Anzalna Nasir Pengerusi FINAS
;