Persengketaan antara Ifa Raziah dan Roslan Shah yang terjadi pada tahun lalu sememangnya diketahui umum.

Baru-baru ini, Roslan menerusi laman sosial Instagram memuat naik ucapan terima kasih kepada Ifa kerana membalas senyumannya.

Niat ikhlas cik lan tak nak bermusuh....sebagai orang islam cik lan tetap bertegur nama ifa apabila ifa Raziah lalu di depan booth cik lan malam tadi di Singapore Expo .....Apabila Ifa Raziah ternampak muka cik lan ifa berikan senyuman dan cik lan membalas senyuman dan menyebut nama ifa itu saja walaupun ramai yang memerhatikan dan tengok antara kami berdua...Cik lan tak berminat nak bermusuh antara satu sama lain....Doakan yang baik baik saja ya...#share3...#Love3...di luar sana tolong jangan menjadi dalang ya...hentikan niat syaitan anda semua...amin...ikhlas dari Cik lan....

A post shared by roslanshah (@realroslanshah) on


Bertemu dengan Ifa di sesi sidang media pendaftaran Star Vendors Raya Fest yang diadakan di PWTC semalam, dia mempunyai jawapan tersendiri.

BACA: "Saya Tak Caras Sesiapa" - Ifa Raziah

"Saya senyum kepada semua orang. Siapa tegur saya dan senyum, saya senyum semula dan jawab dengan baik... Senyum tu kan satu sedekah.

"Semua orang yang saya temui di festival itu saya berikan senyuman. Seingat saya, saya memang senyum kepada semua orang.

"Mengenai khabar yang diperkatakan baru-baru ini, sejujurnya saya enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut," kata Ifa.

Penyanyi lagu Ser Ser Ser itu juga enggan mengenang perkara yang tidak memberikan kepentingan kepada dirinya.

"Bagi saya, apa yang berlalu biarlah berlalu. Saya tak mahu kenang perkara yang tidak penting.

"Saya tak ada masa nak fikir mengenai perkara lain kerana sibuk dengan kerjaya seni dan perniagaan," katanya lagi.

Tahun lalu, nama Ifa dan Roslan panas gara-gara insiden perbalahan dan pertikaman lidah sehingga membawa kepada pelbagai dakwaan serta laporan polis.