Pelakon Chacha Maembong enggan mengulas lanjut mengenai video kontroversi miripnya yang didakwa berbikini di Bali, Indonesia bersama teman-temannya baru-baru ini.

Kata Chacha, dia tidak mahu isu yang berlaku mengganggu konsentrasi dirinya yang mahu menjaga kakak, aktres Emma Maembong yang dimasukkan ke hospital kerana demam panas dan jangkitan kuman.

“Minta maaf banyak-banyak saya tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan sekarang.

“Buat masa ini, saya tidak mahu keruhkan lagi keadaan memandangkan Emma masih dalam hospital.

“Sekarang pun saya bergegas mahu ke hospital dan kalau boleh saya mahu fokus menjaga kakak terlebih dahulu.

“Saya memang tak boleh, minta maaf... tak nak jawab fasal perkara tu. Saya biarkan saya dahulu sebab mahu jaga keluarga terlebih dulu buat masa sekarang," katanya.

BACA: Terkena Demam Panas & Jangkitan Kuman, Emma Maembong Masuk Hospital

Chacha ditemui Gempak selepas usai sesi temu bual program MeleTOP di Astro Bukit Jalil sebentar tadi.

Beberapa hari lalu, tular beberapa potongan video kontroversi mirip Chacha yang didakwa berbikini di Bali, Indonesia.



Video terbabit dipercayai telah dimuat naik menerusi Instastories yang seterusnya viral di media sosial.

Penularan video-video tersebut sekaligus mencetuskan reaksi kurang senang netizen.