Didakwa Buat Pembedahan Plastik, Hael Husaini Hanya Mampu Tersenyum - “Tak Tahu Nak Cakap Macam Mana..”
Azwa Rahman
23/03/2022 23:30 MYT
23/03/2022 23:30 MYT
“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Reaksi saya hanya mampu tersenyum saja.
Itulah reaksi penyanyi Hael Husaini apabila diajukan soalan berhubung segelintir pihak yang mendakwa dia telah menjalani pembedahan plastik pada wajahnya.
Jelas Hael, dia sebenarnya langsung tidak tahu menahu bagaimana spekulasi sedemikian boleh tercetus.
“Apa boleh saya katakan, makin usia kita meningkat usia semakin kita pandai jaga diri.
“Waktu muda dulu mungkin saya tak memikirkan soal penampilan sangat, tapi bila dah makin tua dengan sendirinya kita semakin ambil tahu dan lebih disiplin,” ujarnya.
Walau bagaimanapun, pelantun lagu Kelentang Kelentong itu mengakui ada terdengar tuduhan tidak berasas berkenaan.
Sungguhpun begitu, Hael merasakan spekulasi tersebut wujud mungkin disebabkan penampilannya yang kemas dan selalu dititikberatkan oleh syarikat pengurusan.
“Saya bersyukur kerana mereka amat menitikberatkan soal penampilan selain aspek nyanyian.
“Saya akui dulu tak ada pasukan di belakang. Semua buat sendiri. Sekarang kerja-kerja saya diuruskan oleh pasukan yang profesional.
“Kalau dulu, umpamanya saya sikat rambut dan pakai gel rambut sendiri saja, sekarang dah ada pasukan yang siapkan.
“Boleh dikatakan adalah perubahan tu dari semasa ke semasa untuk saya tampil menarik depan kamera," jelas Hael ketika ditemubual.
Hael ditemui pada majlis pelancaran Cahaya Festira Festival Ramadan Selangor 2022 yang diadakan di SACC Mall, Shah Alam pada Rabu.
Festival anjuran PKNS Real Estate (PREC) itu adalah acara tahunan yang direka khusus bagi menyokong agenda kerajaan negeri dalam usaha membantu usahawan kecil sederhana dan pengusaha tempatan.
Festival terbesar Ramadan itu juga mensasarkan 3.5 juta pembeli sebelum era pandemik.