Viral
Didakwa Cadang Jadikan Ruhainies Menantu, Ini Respons Ibu Aliff Aziz
Ibu kepada Aliff Aziz memberikan kenyataan berhubung khabar angin yang bertebaran mengenai dia, anaknya dan juga pelakon Ruhainies.
Siti Hafiza menerusi hantaran di Instagram menafikan dakwaan berkenaan, seterusnya melabelkan khabar angin tersebut sebagai satu fitnah.
Respons
“Allahuakbar sudah sudahlah menabur cerita dan fitnah usah jadi org suruhan tidak berbaloi di akhirat kelak alhamdulillah,” tulisnya ringkas.
Menerusi hantaran tersebut, Siti Hafiza memuat naik gambar Aliff dan Ruhainies dengan dakwaan mengenai penyatuan yang dirancangnya.
Begitupun, menerusi tinjauan Gempak, ruangan komen hantaran tersebut telah ditutup.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Juga Memohon Maaf Atas Kekhilafan Anakanda Kami Yang…” - Ibu Aliff Aziz Akan Terus Nasihat Hingga Tutup Mata
ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz & Ruhainies Hadir Ke Mahkamah Syariah?
ARTIKEL BERKAITAN: “My Middle Name Is Your Karma & Pesanan Awak Sudah Dihantar” - Sarah Yasmine Puas Hati Ruhainies Terima Balasan?
ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah Liyana Tak Putus Titip Kata Semangat Buat Bella Astillah - “Sebulan Tu Nangis Lah Setiap Hari”
ARTIKEL BERKAITAN: Terima DM Dihina Seperti Haiwan, Ibu Aliff Aziz Tak Melenting - "Teruskanlah Jika Ini Membuat Anda Bahagia"
Terdahulu, Hafiza kembali memuat naik perkongsian di Instagram setelah lama menyepi disebabkan Instagram miliknya dinyahaktifkan.
Menerusi perkongsian itu, Hafiza memanjatkan rasa syukur segala urusan dipermudahkan dan hanya Allah dapat membalas buat mereka yang sentiasa mendoakan mereka.
Sementara itu, Hafiza turut menulis mengenai ketenangan hati serta memberikan refelksi diri berkenaan jatuh bangun dalam kehidupan.
Pada 13 Jun lalu, Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bercerai talak satu. Aliff turut menyerahkan hak jagaan anak-anak kepada bekas isterinya dan Bella tidak menuntut mutaah serta harta sepencarian.
Sumber: Instagram
Must-Watch Video