UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Bollywood

Didakwa Cium Bibir Peminat Wanita, Udit Narayan Dikecam Netizen

Amri Hassan 01/02/2025 | 12:55 MYT
Tindakan penyanyi playback tersohor India, Udit Narayan mencium bibir peminat wanitanya ketika menjayakan satu konsert baru-baru ini mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan peminat.
Menerusi sepotong video yang tular di media sosial, penyanyi berusia 69 tahun itu difahamkan seperti mencium salah seorang peminat wanita yang berada di hadapan pentas ketika sedang menyanyikan lagu Tip Tip Barsa Paani.
Menerusi temuramah bersama Hindustan Times, penyanyi itu mengulas tentang kontroversi yang melanda.
"Peminat menjadi 'gila'. Kita bukan orang sebegitu. Kita orang bersopan santun.
"Ada sesetengah pihak yang merayakan minat dan kecintaan mereka dengan cara ini. Kenapa bikin kecoh?
"Ada ramai orang dan kami juga ada pengawal peribadi namun ada peminat yang berpeluang untuk bertemu jadi mereka zahirkan dengan pelbagai cara seperti berjabat tangan dan ada yang mencium tangan.
"Tak perlulah kita menggembar-gemburkan hal ini," katanya.
Penyanyi itu menyifatkan tindakan memviralkan video itu adalah cubaan untuk mencalarkan imej keluarganya.
"Imej keluarga saya yang ramai selalunya perhatikan. Anak saya Aditya (penyanyi) hanya berdiam diri dan tidak masuk campur dengan sebarang kontroversi.
"Menjadi satu kegilaan apabila saya menyanyi di pentas, peminat akan berteriak dan bersorak, jadi saya biarkan mereka gembira.
"Saya sudah berada dalam industri ini selama 46 tahun, saya bukan seorang individu yang memaksa untuk mencium peminat saya. Malah, saya akan menyembunyikan tangan saya setiap kali ada peminat yang menzahirkan minat mereka terhadap saya.
"Ketika di pentas saya akan tunduk dan berfikir sama ada momen ini akan berulang atau tidak," ujarnya.

BERITA TRENDING: Steady 2 Jam! Udit Narayan Ubat Rindu Peminat, Usik Kenangan Lagu-Lagu Popular Bollywood Era 90-an

#Penyanyi #Bollywood #cium #peminat #Bibir #Playback #Udit Narayan
;