Didakwa Desak Anak Tuntut Hak Penjagaan Cucu, Ibu Aliff Aziz Buka Mulut - “Teruskanlah Jika Ini…”
Ibu kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak yang cuba menabur fitnah ke atas keluarganya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Hafizah memuat naik tangkap layar satu hantaran yang mendakwa dia menyatakan Aliff mempunyai hak untuk mengambil kembali cucu-cucunya, Ayden Adrean dan Ara Adreana.
“Subhanallah Alhamdulillah ini lah yg dapat saya ucapkan buat penabur-penabur fitnah yang tidak berkesudahan, kasihan.
“Teruskanlah jika ini membuat awak tenang dan bahagia kami tetap memaafkan dan mendu'akan kesejahteraan anda dengan berlapang dada syukur Allah maha baik beri kan kami ketenangan jiwa syukur,” tulisnya.
Terdahulu, Siti Hafiza menarik perhatian netizen selepas menitipkan ucapan ulang tahun sempena kelahiran dua cucunya itu.
Menerusi hantaran tersebut, Hafiza menzahirkan rasa rindu dan mendoakan kebahagiaan buat kedua-dua cucunya itu.