Hiburan
Didakwa Ejek Wan Maimunah & Hantu Kak Limah Menerusi Video, Aliff Syukri Mohon Maaf
Usahawan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri memohon maaf atas tindakannya yang didakwa mengejek pelakon Wan Maimunah dan watak Hantu Kak Limah menerusi sebuah video yang dikongsi di akaun Instagram baru-baru ini.
Menerusi laporan HLive!, Aliff mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada pelakon senior terbabit.
"Saya ingin memohon maaf kepada mama, Wan Maimunah atas kesalahan saya.
"Semuanya berlaku secara tidak sengaja, saya lakukan video itu untuk seorang blogger, percakapan saya dalam video itu adalah berdasarkan apa yang telah ditulis oleh pihak mereka.
"Saya juga telah memadam video itu dan turut menyuruh blogger tersebut untuk tidak lagi menyiarkannya di mana-mana platform," ujarnya.
Video terbabit mendatangkan kemarahan netizen yang menyifatkan tindakan Aliff itu sebagai keterlaluan.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video