Hiburan
Didakwa Fitnah Syarikat Perabot, Awal Ashaari Tampil Pertahankan Diri - "Aku Cabar Kau Untuk Datang Jumpa Aku ..."
Pengacara terkenal, Awal Ashaari tampil memberi penjelasan selepas didakwa telah menfitnah sebuah syarikat hiasan dalaman dan perabot tempatan, Naz Carpentry.
Tegas Awal, 39, dia mempunyai semua bukti yang menunjukkan pemilik dan syarikat hiasan itu tidak memberi kerjasama yang baik.
"Alih-alih hari ini tuduh saya pulak yang fitnah syarikat dia? Come on lah. Saya mempunyai perkara yang lebih baik daripada menjatuhkan perniagaan anda yang tidak profesional langsung tu.
"Saya ada semua sebut harga, butiran pembayaran, emel, perbualan WhatsApp dan saya juga mempunyai semua bukti yang korang buat kerja tangkap muat.
"Kau ambil wang saya, buat kerja ala kadar dan sekarang konon-konon nak play victim ? Silap orang la bro, katanya menerusi sebuah entri di Instagram Stories, semalam.
Dalam pada itu, suami kepada aktres Scha Alyahya ini turut mencabar pemilik tersebut untuk datang berjumpa secara empat mata.
"Aku cabar kau keluarkan drawing, floor plan dan final approved designs kalau kau ada? Construction pun takda plan..Apa cerita?
"Yang kau tau, datang site ambik gambar aku, ambik video aku. Sibuk post kat IG bagitau pengikut kau. Aku lantik kau..
"Aku cabar kau untuk datang jumpa aku, face to face macam masa korang tak sabar nak minta ratus ribu duit aku dulu. Bukan menyorok belakang bini kau, alih-alih lantik firma nak buat damage control.
"Aku takkan buang masa nak malukan kau kalau jumpa aku. Jawab email atau panggilan peguam aku.
"Sebenarnya, aku banyak ja mempromosikan carpentry tempatan dan kontraktor atau pereka dalaman yang buat kerja ikhlas, bertanggungjawab dan ada integriti.
"Takyah la nak turn the table around, cakap aku pulak yang fitnah syarikat kau. Please la," tulisnya lagi.
Terdahulu beberapa buah portal melaporkan pengasas Naz Carpentry iaitu Azrianna Alyssa mengeluarkan kenyataan mendakwa pengacara itu berniat jahat merosakkan imej, jenama dan reputasi syarikatnya.
Must-Watch Video