Hiburan

Didakwa Halang Fattah Hampiri Fazura? Ini Respons ‘Bodyguard’ - “Tak Ada Satu Arahan Suruh…”

gempak
Umirah Halim
28/09/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Halang Fattah Hampiri Fazura? Ini Respons ‘Bodyguard’ - “Tak Ada Satu Arahan Suruh…”
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi bualan hangat di media sosial sejak minggu lalu.
Terbaharu, hantaran yang dimuat naik oleh seorang lelaki yang merupakan pengawal peribadi kepada pelakon, Nur Fazura telah mencuri perhatian warganet di Instagram Story.

Netizen dakwa bodyguard halang

Menerusi perkongsian tersebut, lelaki yang dikenali dengan akaun Instagram hantugym, berkongsi tangkap layar komen seorang individu yang mendakwa aktor, Fattah Amin tidak dapat mendekati Fazura di mahkamah gara-gara dihalang oleh pengawal peribadi.
“Bodyguard melarang Fattah Amin dekati Fazura,” komen salah seorang netizen.
Susulan itu, lelaki ini tampil membalas komen yang ditinggalkan netizen tersebut dan meminta bukti sekiranya benar mereka diarahkan untuk berbuat demikian terhadap Fattah Amin.

“Tahu dari mana? Sumber mana yang bagi tahu kau ‘bodyguard’ tak bagi Fattah datang dekat?

“Sumber mana yang bagi tahu kau ‘bodyguard’ ada (di mahkamah) disebabkan ada Fattah di lokasi yang sama?

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah Ceria Fazura Ke Mahkamah Jadi Persoalan, Pengurus Minta Henti Buat Spekulasi - “Setiap Malam Dia Menangis”

ARTIKEL BERKAITAN: Dipertikai Guna 5 Bodyguard Ke Mahkamah, Pengurusan Fazura: “Kalau Pakai 1 atau 2 Tak Terkawal…"

ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut Rumah Tangga Fattah-Fazura Buat Hati Abby Abadi Sebak, Harap Terus Pertahankan - "Kalau Rasa Kita Paling Tersakiti, Ada Yang..."
ARTIKEL BERKAITAN: “Rumah Tangga Ini Banyak Fasa…” - Sebak Baca Kisah Fattah & Fazura, Kak KM Beri Nasihat Buat Pasangan Berkahwin
“Sumber mana yang bagi tahu kau ‘bodyguard’ ada sebab nak halang Fattah. Kau jangan main tulis ikut sedap kau,” balasnya menerusi ruangan komen.
Tidak terhenti disitu, menerusi perkongsian tangkap layar di akaun Instagramnya, lelaki itu tampil membidas komen tersebut kerana dakwaan netizen itu dianggap tidak berasas.
Malah, lelaki ini turut meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tanpa usul periksa.
“Jangan lah melampau lampau. Tak ada satu arahan pun yang suruh kami buat macam itu.
“Kitaorang pun tahu kerja kitaorang. Tolong jangan memandai mandai.
“Komen pun dia dah delete. Nampak sangat komen main ikut sedap ja,” ujarnya.
Terdahulu, kehadiran Fazura ke mahkamah bagi kes permohonan cerai terhadap Fattah Amin yang ditemani lima pengawal peribadi menjadi buah mulut netizen.
Sebelum ini, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.
Difahamkan permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024