Laman Utama

Didakwa Hamilkan Wanita, Aniq Suhair Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang - “Berniat Jahat Untuk Jatuhkan Reputasi Saya”

gempak
Mya Amri
19/10/2023
07:40 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Hamilkan Wanita, Aniq Suhair Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang - “Berniat Jahat Untuk Jatuhkan Reputasi Saya”
Pelakon Aniq Suhair bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan menghamilkan seorang wanita seperti yang tular di media sosial sejak semalam.
Menyifatkan tuduhan itu sebagai berniat jahat, Aniq berkata dakwaan itu dibuat untuk memburukkan reputasi dan nama baiknya.
“Saya sedia maklum dengan apa yang sedang tular di media sosial dalam beberapa hari ini.
“Saya juga ingin menyatakan bahawa dakwaan yang dilemparkan adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk merosakkan reputasi dan nama baik saya,” maklumnya menerusi kenyataan di Instagram miliknya sebentat tadi.
Jelas Aniq lagi, dia juga akan membuat laporan polis berhubung fitnah tersebut dalam masa terdekat.
“Saya telahpun mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak dan menjaga nama baik saya dan keluarga, termasuklah memulakan tindakan saman.
“Atas nasihat peguam saya, saya tak dapat beri komen lanjut kerana ia akan menjejaskan proses undang-undang.
“Saya juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat. Terima kasih,” tulisnya.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang wanita mendakwa hamil anak kepada seorang selebriti lelaki.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila pelakon tersebut dikatakan enggan bertanggungjawab terhadap kandungan itu.
BACA: Miss K: Aktor Kacak Didakwa Hamilkan Anak Dara Orang
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024