Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Didakwa Hancurkan Hati Ibu Mentua Kerana Beraya Di Luar Negara, Puteri Sarah Liyana Jelaskan Perkara Sebenar

Syafiqah Jalal 18/04/2023 | 03:25 MYT
Pelakon Puteri Sarah menafikan bakal meraikan Syawal ini di luar negara seperti dikongsikan oleh ibu mertuanya, Datin Patimah Ismail di Instagram baru-baru ini.
Sebaliknya, Sarah menganggap perkara tersebut telah disalah anggap oleh ibu mertua.
“Tiada (ke luar negara). Saya akan beraya di sini sahaja.
“Mungkin apa yang dia cakap itu kenyataan tahun lalu.
“Hal tersebut kerana tahun lepas saya beraya di Mekah,” katanya kepad media.
Dalam pada itu, Sarah yang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur menggayakan busana baharu serba putih ibarat pengantin itu tampil dengan bersemangat untuk proses lafaz cerai.
Terdahulu, Patimah meluahkan rasa kesal apabila menantunya, Puteri Sarah Liyana bakal meraikan Aidilfitri di luar negara.
Patimah bagaimanapun tidak memperincikan tarikh mahu pun destinasi mereka sama ada ‘terbang’ selepas hari raya pertama atau sebelum Syawal.
Terdahulu, Datin Patimah ada membuat hantaran di Insta Story miliknya dengan meluahkan rasa pilu bahawa Sarah akan beraya di luar negara.
Dalam pada itu, hantaran itu dibuat dengan meletakkan lagu latar berjudul Air Mata Syawal, nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza.
"Hari raya Puteri Sarah dan anak-anak, akan membawa diri ke luar negara. Hancur hati melihatnya.
“Kejam perbuatan mereka!” katanya dalam kapsyen Insta Story miliknya.
#Puteri Sarah #Puteri Sarah Liyana #Raya #Mentua #Ibu Mentua #Datin Patimah Ismail
;