Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Didakwa Hasut Untuk Benci 'Skandal' Suami, Puteri Sarah Saman Netizen - "Jangan Buat Fitnah"

Shahrin Zulkifle
18/07/2022 10:30 MYT
Pelakon Puteri Sarah bertindak tegas dan menfailkan notis saman fitnah terhadap seorang individu yang cuba berkata buruk serta menfitnah dirinya.

Menerusi satu hantaran terbaru yang dikongsi Sarah di laman Instagramnya, hal itu bertujuan untuk memberi pengajaran kepada wargamaya supaya tidak menyebarkan sesuatu yang tidak sahih.

“Pengajaran kepada orang luar jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan dengan apa yang dilihat dan dengar tanpa bukti yang kukuh.

“Jangan buat fitnah pasal saya dan saya harap sila jaga kata-kata dan jaga keluarga sendiri.

“Jika awak ada pandangan buruk mahupun baik terhadap seseorang, eloknya simpan untuk diri sendiri atau berceritalah pada orang sekeliling anda sahaja,” tulisnya pada kapsyen.

Sebelum itu, seorang individu yang tidak dikenali telah melontarkan kata-kata berunsur fitnah ke atas aktres itu dengan mendakwa Sarah seorang penghasut dan sejenis memutar belit cerita.

"Dia kata Islam suruh kahwin cepat, bukan bermaksiat selama empat tahun, padahal sudah terang-terangan dia tidak mahu dimadukan dan provok satu Malaysia untuk membenci skandal suami dia.

“Manis lelaki, jangan sampai tergadai maruah diri. Isteri dia tidak akan lepaskan sebab suami dia masyuk, jadi apa-apa ‘penyondol’ la di persalahkan walaupun tahu suami dia yang ‘menyondol’.

“Baru bertudung litup dah mengata akhlak orang, buka aib orang. Ini semua sebab suami dia kaya je, sebab itu bermati-matian dia pertahan rumahtangga dia walaupun suami curang dan suka putar belit cerita,” tulis individu berkenaan.

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata wargamaya menyokong tindakan yang dilakukan Sarah ke atas invdividu berkenaan.

“Berani nya dia cakap macam itu, kita sendiri tidak tahu hujung pangkal cerita yang sebenar. Saman adalah jalan yang terbaik dan bagi pengajaran padanya.

“Sabar kita sebagai manusia pun ada tahapnya.

“Tak kena batang hidung sendiri boleh la cakap macam-macam, sekarang dah nak kena saman rasakan,” antara komen geram wargamaya.

Menerusi hantaran yang sama, Sarah turut memuat naik notis saman terhadap individu berkenaan menerusi peguam yang dilantiknya, Natasha Basheer and Associate.

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

#Viral #Ira Kaza #Puteri Sarah #Shamsul Yusof #”
;