Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa mengambil pendekatan tidak mahu mengambil kisah berhubung dakwaan dirinya menjadi orang ketiga dalam sebuah hubungan percintaan.

Kata Neelofa, 31, dia memilih untuk mengunci mulut daripada mengulas lanjut mengenai soal peribadi.

"Saya tak tahu dan tak ambil kisah. Sebolehnya saya tak mahu tambah kerisauan tentang hal itu.

"Mengenai hal peribadi saya juga tak mahu bercerita banyak kerana bimbang ia boleh memakan diri.

"Saya kunci diri daripada benda-benda tak patut, tak ada apa yang boleh saya komen.

"Bagi saya tak perlu buka aib sendiri, begitu juga orang di luar sana. Kalian ada media sosial jadi lebih baik jangan terlalu dedahkan hal peribadi," katanya.

Tambah bekas hos MeleTop ini, kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan seseorang bukan perkara baharu sepanjang perjalanan karier seninya.

"Sejujurnya ini bukan benda baharu. Saya ada terdengar orang mengaitkan saya dengan seseorang sebelum ni tapi saya tak ambil kisah," katanya ketika majlis pelancaran butik terbaharu Naelofar di One Utama, Petaling Jaya, semalam.

Sebelum ini, bekas kekasih Pencetus Ummah (PU) Rizz, Amal Syahmina memuat naik screenshot entri dari Instagram Neelofa difahamkan menyindir tindakannya memakai sarung kaki.

Menerusi posting yang berbeza, Amal mendakwa hubungan percintaannya mula terjejas apabila hadirnya orang ketiga.

Desas-desus mengenai hubungan rapat Neelofa dan PU Riz pula diperkatakan netizen apabila kedua-duanya sering dilihat bersama sejak Ramadan lalu.

Namun, perkara itu dinafikan kedua-duanya dan menyifatkan mereka berjumpa atas dasar kerja.

BACA: Muncul Pakai Sedondon Dengan Neelofa, PU Riz Jawab Spekulasi Netizen

BACA: Mohon Hormat Pendiriannya, Neelofa Nafi Bercinta Dengan PU Riz




Kredit Foto: Naelofar