Hiburan

Didakwa Jadi Punca Anak Bercerai, Ini Respon Ibu Fizo Omar Dalam Tangisan... Sebak!

gempak
Amri Hassan
19/07/2019
08:58 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Jadi Punca Anak Bercerai, Ini Respon Ibu Fizo Omar Dalam Tangisan... Sebak!
Ibu kepada pelakon Fizo Omar, Hasnah Jidin menafikan dakwaan segelintir pihak yang menyalahkannya sekali gus menjadi punca perceraian anaknya dan Mawar Karim.
[BACA: Fizo, Mawar Bercerai Talak Satu]
Jelas Hasnah, 59, dia terkilan apabila ada dalam kalangan netizen melemparkan pelbagai tohmahan hingga mengganggu emosinya.
"Ibu mana mahu anaknya bercerai? Saya sebagai seorang ibu turut menasihati Fizo dan Mawar untuk berbaik-baik.
"Saya sayang Mawar dan kami baik-baik saja sampai sekarang walaupun mereka sudah bercerai.
"Apabila pelbagai tuduhan yang bukan-bukan dilemparkan kepada saya, hati saya terguris dan memang saya tertekan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Bangi, Selangor hari ini.
Dalam pada itu, Hasnah terkejut apabila ada pihak yang menuduh perceraian Fizo dan Mawar disebabkan campur tangan keluarga.
"Saya ada ramai anak dan saya selesa tinggal bersama Fizo sejak usia remajanya lagi.
"Sepanjang tempoh enam tahun perkahwinan Fizo, saya tidak menumpang rumahnya sepanjang masa. Ada juga bergilir-gilir tinggal di rumah anak-anak saya yang lain," tambahnya.
[BACA: [VIDEO] Fizo Masih Sayang Tapi Mawar 'No Comment'!]
Fizo dan Mawar bercerai pada 10 Julai lalu selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
[BACA: Sah Bercerai, Apa Jadi Dengan Restoran Fizomawar Kitchen?]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live