Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Didakwa Kahwin Suami Orang Anak 7, Ini Jawapan Miera Leyana

Fiza Kamarudin 17/08/2020 | 10:22 MYT

Semalam (Ahad), tular di media sosial mengenai pelakon Miera Liyana yang didakwa mendirikan rumah tangga dengan suami orang yang memiliki tujuh anak perempuan.

Menerusi video di saluran Youtube Viral Oh Viral perkahwinan Miera Liyana, 27, dengan Rosland Othman, 47, pada 26 Julai lalu itu dikatakan tanpa restu isteri pertama.
Menjawab dakwaan tersebut Miera tidak menafikan atau mengiyakan dirinya merupakan isteri kedua.
Miera berkata sesiapa sahaja bebas membuat andaian sebegitu.
"Namun adilkah untuk membuat spekulasi negatif pada sebuah perkahwinan yang baru dibina?
"Sebagai umat Islam, kita semua percaya soal jodoh itu rahsia Allah. Begitu jugalah, ikatan perkahwinan saya dan suami.
"Jadi, soal hidup bermadu itu, biarlah hanya kami sahaja yang tahu. Namun, kini kami bahagia," katanya.
Miera juga menegaskan, dia dan suami tidak menganiaya hidup sesiapa dan spekulasi terbabit ditimbulkan oleh orang luar.
Terdahulu, Miera dan Rosland bernikah pada majlis mewah dan meriah yang diadakan di hotel terkemuka di ibu kota dengan kehadiran ramai tetamu kenamaan.
Meskipun jarak usia mereka 20 tahun, namun Miera mengaku jatuh cinta pada suaminya kerana keluhuran hati dan sikap matang dimiliki.
Menurut pelakon filem Apokalips X itu, dia dan suaminya juga tidak membuat perkara salah di sisi agama dan perkahwinan mereka direstui keluarga.
"Apapun, kami tak sorokkan perkahwinan ini. Secara terang-terangan, semua orang tahu saya berkahwin dengan Rosland dan kini menjadi isterinya," katanya.
Miera yang pernah dinobatkan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin pada 2013 turut mengakui banyak belajar selok belok perniagaan daripada suaminya.
[[BACA: Miera Leyana Pilih Lelaki 40-an Jadi Suami]]
Sumber: Harian Metro

#Suami Orang #Miera Leyana #Bermadu
;