Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Didakwa Kena Rasuk, TikToker Ini Nafi Aksi Menggelupur Atas Lantai Ketika Live Hanya Gimik Content

Gempak
25/07/2024 00:55 MYT
Pempengaruh dan pencipta kandungan, Tomey mendedahkan yang aksi meraung, menangis, menutup telinga dan menggelupur atas lantai ketika sedang bersiaran langsung di TikTok baru-baru ini adalah ‘gimik content’ untuk platform media sosialnya.

Tomey atau nama sebenarnya Mariah Yasin berkata, dia benar-benar dirasuk dan aksi yang dipaparkan tempoh hari adalah disebabkan rasa sakit yang melampau.

Gimik

"Bukan 'content', memang saya kena rasuk. Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Sejak terkena sihir pada Mac lalu, saya sering jatuh sakit secara tiba-tiba. 'Benda' itu akan datang pada bila-bila masa dan tidak kira waktu.

"Banyak tempat saya sudah pergi untuk mendapatkan rawatan (termasuk) hospital, perubatan Islam dan perawat cara kampung, masih tidak sembuh.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kesian Kami Yang Tak Mampu “ – Individu Ini Dikritik Sebab Tegur TikToker Kongsi Makan Sedap -Sedap Di Media Sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Tamatkan Riwayat Sendiri Kerana Siber Buli, Ini Kronologi Kes Influencer Rajeswary Appahu

ARTIKEL BERKAITAN: TikToker Islamik Dari Indonesia Kantoi Bercumbu Dengan Penyanyi Wanita Di Kelab Malam

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO & FOTO] TikToker Mat Salleh Ini Terpegun Lihat Majlis Perkahwinan Puteri 'Azemah

ARTIKEL BERKAITAN: Patut Lama Menghilang, Tiktoker ‘Mama!’ Ini Didakwa Merogol, Bakal Dibicara 17 Januari Depan!

"Banyak komen (di media sosial) kata saya sengaja buat sebab 'content' dan main-main. Saya kongsi pengalaman itu supaya dapat beri iktibar kepada semua orang," kongsinya.

Menerusi video yang menerima lebih satu juta tontonan itu, Tomey kelihatan 'diganggu' ketika sedang mengadakan siaran langsung pada tengah hari.

"Sumpah kuat gila (dirasuk). Allah sahaja yang tahu, sakit tak boleh nak cerita. Tak minta banyak, mohon doa daripada anda semua," tambahnya.

Tomey turut menasihatkan pengguna media sosial supaya lebih berhati-hati dengan kenalan dan keadaan sekeliling.

"Saya tidak berlakon untuk 'content', kejadian yang berlaku memang benar. Saya juga penat bila diganggu ketika 'live'.

"Jadi saya minta semua orang berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Kadang-kadang tidak tahu siapa yang memusuhi kita dalam diam," ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

#Rasuk #TikTok Live #Tomey