Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Didakwa Masuk Campur Urusan Nina Iskandar Jaga Anak, Ini Penjelasan Pakar Nutrisi

Asraf Aided
17/07/2020 09:39 MYT
Baru-baru ini pelakon Nina Iskandar meminta agar tiada pihak yang 'masuk campur' dalam urusan menjaga anaknya, Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang kini berusia tujuh bulan.

Kata Nina, dia mempunyai cara tersendiri dalam membesarkan anaknya termasuklah aspek pemakanan.

BACA : Nina Iskandar Ada Cara Sendiri Besarkan Anak, Ini Pesannya Buat Mak-Mak Yang Menyibuk..

Ekoran perkara tersebut, pakar pemakanan yang dikenali sebagai Syaza tampil membuat penjelasan.

Menurut Syaza, dia akui pernah meninggalkan komen menerusi sebuah posting di akaun Instagram milik pelakon itu sebelum ini, namun ia hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai pemakanan bayi sahaja.

"Sis terhibur sekejap, tak sangka jadi isu benda ni.

"Sebagai artis, saya rasa setiap posting akan mempengaruhi pengikut, langsung tiada niat nak kecam atau menyibuk hal hidup orang lain.

"Niat saya cuma nak bagi info supaya ibu-ibu lain juga tahu dan seterusnya tak menghadapi masalah anak jadi 'picky eater'.

"Dan ayat saya bukanlah berbentuk kecaman atau cacian, atau teguran, tapi hanyalah kata-kata penuh lemah lembut lagi berinformatif siap ada smiley lagi," tulis Syaza menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Syaza juga menjelaskan dia tidak dapat menunjuk komen terbabit kerana ia telah diselindung (hide).

"Tak boleh nak screenshot komen sebab beliau dah hide," tulisnya lagi.

Walaubagaimanapun, Syaza yang turut berkongsi pautan artikel mengenai Nina di entri berkenaan, telah memohon maaf jika dia menyinggung perasaan mana-mana pihak.

"Mohon maaf kalau melukakan hati mana-mana pihak, tetapi sebagai Nutritionist, inilah peranan saya dalam masyarakat," tulisnya lagi.

Dalam entri yang sama, Syaza ada berkongsi beberapa perkara penting mengenai tips pemakanan bayi, anda boleh membacanya di bawah.











#Nina Iskandar #Pakar Nutrisi #Pemakanan Bayi
;