Didakwa Melanggar Perintah Persetujuan Bersama, Mahkamah Tolak Permohonan Bekas Suami Serina Redzuawan
Rozaimi Zubaidi
21/05/2018 07:09 MYT
21/05/2018 07:09 MYT
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, menolak permohonan bekas suami Serina Redzuawan iaitu Gavin Edward O’Luanaigh untuk mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap aktres itu atas pelanggaran perintah persetujuan bersama.
Hakim Syarie, Salehan Yatim yang mendengar kes itu turut meminta Gavin selaku plaintif memfailkan semula permohonan berkenaan.
Sementara itu, Peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili plaintif memberitahu permohonan tersebut ditolak mahkamah tanpa membacakan alasan penolakkan tersebut.
“Permohonan tersebut ditolak dan hakim mengarahkan untuk memfailkan semula kes ini. Ia disebabkan kes sebelum ini didengar oleh hakim lain.
“Saya perlu meneliti terlebih dahulu alasan sebab ia tidak dibacakan sekali," katanya kepada mStar Online ketika ditemui selepas prosiding selesai.
Pada 24 April lalu, Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, 41, memfailkan notis tunjuk sebab terhadap selebriti itu selepas dia didakwa melanggar perintah persetujuan bersama yang ditandatangani mereka pada 27 Julai tahun lalu.
Gavin memfailkan notis tunjuk sebab itu selepas mendakwa Serina membernarkan kedua-dua anak mereka, Tristan Tareef dan Issabella Safiyya, masing-masing berusia 7 dan 6 tahun bermalam dengan bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau dikenali Cef Wan.
Serina turut didakwa memburukkannya di media sosial.
Sumber: mStar Online