Hollywood

Didakwa Mencabul Gadis Umur 17 Tahun, Ansel Elgort Tampil Bersuara

gempak
Amri Hassan
21/06/2020
04:16 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Mencabul Gadis Umur 17 Tahun, Ansel Elgort Tampil Bersuara
Kecoh di media sosial Twitter baru-baru ini apabila pelakon filem Divergent, Ansel Elgort didakwa telah mencabul seorang gadis berusia 17 tahun.
Kejadian itu berlaku sekitar tahun 2014 apabila gadis bernama Gabby itu mula berhubung dengan Elgort sebelum hari jadinya ke-17 menerusi akaun Snapchat.
"Saya dicabul beberapa hari sebelum hari jadi ke-17. Dia berusia 20 tahun ketika itu dan dia sedar apa yang dia lakukan.
"Saya tahu bukan saya seorang yang menjadi mangsanya," kata Gabby.
Tambahnya, Elgort memaksanya melakukan hubungan seks selain meminta foto bogel daripada Gabby.
Malah, dakwa Gabby, pelakon itu turut mengajaknya untuk melakukan hubungan seks bersama seorang lagi rakan baik saya yang juga masih bawah umur.
Beberapa tahun kemudian Gabby menderita penyakit kelamin dan melalui beberapa sesi terapi hingga akhirnya berani untuk bersuara.
Dalam pendedahan terbabit, Gabby turut berkongsi bukti fotonya bersama lelaki mirip Elgort.
Pendedahan Gabby menarik perhatian mangsa lain yang dikenali sebagai Esther yang berdepan situasi sama ketika di London.
Bagaimanapun, perkara terbabit mendapat maklum balas Elgort dan menafikan perkara terbabit.
"Saya tidak pernah dan tidak akan mencabul sesiapa.
"Apa yang berlaku sebenarnya di New York pada 2014 ketika saya berusia 20 tahun, kami punyai hubungan yang dipersetujui kedua-dua belah pihak.
"Bagaimanapun saya gagal untuk putus dengan cara baik. Saya tidak memberikan respon kepadanya, yang mana ia satu perbuatan yang tidak matang dan zalim bagi seseorang.
"Saya tahu permohonan maaf ni tidak akan membebaskan saya daripada perbuatan menghilangkan diri sebelum ini.
"Saya sangat kesal dan malu dengan tindakan tersebut. Saya mohon maaf," tulis Elgort menerusi akaun Instagramnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live