Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Didakwa Menciplak! Justin Bieber Tetap Teruskan Pelancaran Album

Asraf Aided
19/03/2021 11:05 MYT
Penyanyi popular Hollywood, Justin Bieber bakal melancarkan album terbaru berjudul Justice.

Namun, tajuk album itu dikatakan menyamai nama kumpulan EDM dan DJ dari Perancis, Justice.

Justeru, Justice yang dianggotai dua anggota itu memfailkan tuntutan mahkamah kerana mendakwa Bieber telah mengguna nama mereka.

Pihak Bieber pula menafikan tuduhan tersebut, sementara Justice tetap mendakwa bintang itu melanggar trademark mereka.

Dalam pada itu, ada juga peminat yang tertanya tentang sebab Justice mendaftarkan trademark untuk perkataan yang sering diguna ramai itu.

Namun difahamkan, kumpulan itu bukan sahaja mempunyai isu dengan nama, malah tidak berpuas hati dengan rekaan logo album Bieber yang dikatakan menyerupai rekaan yang pernah mereka hasilkan.

Bagaimanapun, pelancaran album keenam Bieber itu tetap akan diteruskan setakat ini.


Sumber : Celebrity Insider
Kredit Foto : Billboard

#Hollywood #Justin Bieber #Trademark #Justice
;