Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Didakwa Menggeletis Selepas Badan Kurus, Netizen Backup Abby Abadi - “Nama Pun Berlakon..”

Umirah Halim
24/07/2024 11:55 MYT
Selepas tampil dengan penampilan yang semakin langsing, setiap hantaran yang dimuatnaik pelakon Abby Abadi pasti meraih perhatian wargamaya.

Berlakon bersama Aeril Zafrel

Terbaharu, Abby atau Arbaiyah Abdul Rahman,47 telah memuatnaik sebuah hantaran bersama pelakon Aeril Zafrel.

Hantaran tersebut memaparkan aksi manja antara Abby dan Aeril yang dipercayai sedang menjalankan babak lakonan.

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)

“Kita berlakon dgn Ketua Netizen @aeril_zafrel tadi haha. Watak apa? Rahsia. Cer la teka! Terkeluar sikit karakter Zaza Manjalara tadi.

“Harap @w4w4_zainal tak nangis ye tengok kita mengeletis lebih tadi. Tunggu dah siap nanti ye. Pasti malu sendiri,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

BERITA TRENDING: "Saya Harap Dia Istiqamah" - Norman Hakim Tumpang Gembira Abby Abadi Makin Kurus, Sempat Kongsi Tips 'Eat Clean'!

BERITA TRENDING: Menantu Dalam Mimpi… Abby Abadi Kongsi Momen Bekas Teman Lelaki Marissa Dania? Netizen Cakap Handsome & Sopan


Sementara itu, menjengah ke ruangan komen terdapat pelbagai reaksi yang diberikan warganet.

Ada yang memberi teguran kerana hantaran tersebut dianggap keterlaluan dan ada juga tampil mempertahankan Abby Abadi.

“Bila dah kurus mula tergedik-gedik biar pun tak sesuai dengan umur.

“Geli geleman pulak tengok Abby gedik-gedik macam tu!

“Nama pun pelakon tugasnya berlakon itupun nak emo rilek jer kak jangan cepat menghukum orang.

“Semua orang kenal Abby Abadi ni artis. Kalau dah wataknya gedik macam tu. Bukan sebab dia kurus, dulu pun dia kurus tak gedik pun tapi dah watak lakonan camtu bukan dia suka-suka gedik. Lakonan kena mantap baru banyak job masyuk.

BERITA TRENDING: Dikatakan Kerap Tayang Marissa, Netizen Persoal Mana Danisha? Abby Abadi Jawab - “Ada Sebablah Kalau Gambarnya Kurang”

BERITA TRENDING: “Papa Sayang Adik, Sayang Aslam & Sayang Umisya” - Norman Hakim Titip Ucapan Sempena Hari Lahir Marissa Dania


“Yang komen pun tak reti bezakan ke video content dengan spontan record? alahai maknanya misi dia berjaya la bila kurus, nak berlakon watak apa pun boleh masuk,” komen beberapa netizen.

Sebelum ini, perkongsian yang memaparkan penampilan terkini Abby Abadi yang semakin langsing meraih perhatian ramai.

Perkongsian tersebut turut menyorot perhatian bekas suami Abby iaitu aktor Norman Hakim yang meninggalkan komen mengatakan dia terkejut melihat perubahan bekas isterinya.
#Netizen #Berlakon #Kurus #Langsing #Abadi #Abby #Menggeletis