Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Didakwa Pernah Kahwini Bilionaire, Ini Respons Raline Shah - “Ini Merupakan Pernikahan…”

Asyraf Roslan
11/10/2024 01:55 MYT
Aktres cantik Indonesia, Raline Shah tampil membuat kenyataan berhubung tuduhan bahawa dia pernah melangsungkan perkahwinan bersama CEO Coinbase, Brian Armstrong.

Raline atau nama sebenarnya Raline Rahmat Shah,39 membuat kenyataan tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram dengan memberi ucapan tahniah kepada Brian diatas perkahwinannya.

“Tahniah buat kawan saya Brian Armstrong dalam menempuh hidup baharu. Sewaktu saya berada di Amerika Syarikat banyak pelajaran yang sudah saya belajar dari kerja kerasnya di dunia teknologi.

“Ini merupakan pernikahan pertamanya dan Angela Meng, semoga berkekalan,” ujar Raline.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Raline Shah Didakwa Pernah Berkahwin Dengan Bilionair Amerika Syarikat?

ARTIKEL BERKAITAN: Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”


Kenyataan yang dibuat oleh pelakon filem, Polis Evo 2 itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata menarik nafas lega setelah mendengar kenyataan daripada Raline.

Lebih menarik perhatian netizen apabila Raline memberi kenyataan tersebut di dalam bahasa ibundanya supaya lebih difahami peminat.

“Maafkan kami udah suudzon Raline Shah?,”

“Ya ampun padahal di X sudah ramai yang percaya Raline. Ternyata bukan. Pasti Raline kalau nikah akan memberi tahu kepada rakyat Indonesia,”

“Klarifikasi next level,”

“Sampai captionnya dibuat bahasa Indo ?? slay queen ,”

“Bagus betul klarifikasinya,”

“Biasanya caption Raline tu guna bahasa inggeris, kali ini pakai bahasa Indonesia biar tak gagal faham lagi ya netizen,” kata peminat diruangan komen.

Terdahulu, Pelakon terkenal Indonesia, Raline Shah menjadi topik perbualan netizen selepas muncul dakwaan dimana dia pernah melangsungkan perkahwinan bersama CEO Coinbase, Brian Armstrong.

Menerusi akaun @exi**, individu terbabit memaklumkan bahawa Brian pernah berkahwin dengan “isteri Asia” sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa isteri yang dimaksudkan adalah Raline Shah.

Tidak berdiam diri, Brian terus membalas kenyataan tersebut dengan menyatakan bahawa dia tidak pernah melangsungkan perkahwinan dengan sesiapa sebelum ini.

#Berkahwin #Raline Shah #Dakwaan #Brian Armstrong
;