Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Didakwa Rentas Negeri Untuk Sambut Hari Jadi, Young Syefura Terima Kecaman Netizen - “Sila Letak Jawatan”

Azwa Rahman 10/11/2020 | 03:31 MYT
Ahli Parlimen Ketari Young Syefura Othman memohon maaf setelah menerima kecaman netizen gara-gara didakwa melanggar SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang kini berkuat kuasa di Selangor.
Menerusi laman sosial Twitter, Young atau lebih mesra disapa sebagai Rara memuat naik permohonan maaf tersebut untuk tatapan umum.
“Saya memohon maaf jika tindakan saya melanggar sebarang SOP Covid-19. Saya tak menggunakan sebarang kelebihan sebagai seorang wakil rakyat untuk bergerak di dalam Selangor, negeri saya bermastautin.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya rela disiasat oleh pihak berkuasa jika tindakan saya melanggar sebarang SOP Covid-19. Tq,” tulisnya menerusi satu ciapan.
Difahamkan kecaman itu berpunca setelah Rara berkongsi beberapa keping foto sambutan ulang tahun bersama empat temannya sambil berkelah di Avani Sepang Goldcoast Resort, Sungai Pelek, Selangor.
Menerusi foto tersebut, kelihatan dia dan teman-temannya tidak memakai pelitup muka, didakwa merentas daerah serta tidak mengamalkan penjarakan fizikal.
Namun, Rara sempat mengulas walaupun dirinya Adun di negeri Pahang, dia sebenarnya bermastautin di Selangor.
“Saya tinggal di Selangor. Berulang hampir tiap hari ke Pahang. So yeah kejap nampak kat Pahang kejap nampak kat Selangor. Thanks,” tulisnya menjawab pertanyaan seorang wargamaya.
Meninjau ke ruangan Twitter, ramai wargamaya yang mendesak Rara untuk meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat DAP itu.
“Haa yea bila ahli politik buat salah, mereka minta maaf je. Kecewanya, i sampai tak boleh marah dah. Terlalu penat,” komen seorang wargamaya.
“The sin you mock today, could be the sin you commit tomorrow. Memalukan,” Tegur seorang wargamaya.
“Yang paling mengejutkan bila boleh pulak bodoh upload kat social media. Benda personal celebration you simpan sendiri je la gambar-gambar tu,” luah seorang wargamaya.
“@youngsyefura awak bukan seorang instafamous, awak adalah seorang ADUN, wakil rakyat dan awak adalah public figure. You’re better than this. Ambil la PR team for you please,” kata seorang wargamaya.
“Saya tak boleh berjumpa dengan keluarga untuk sambut Deepavali sebab PKPB dan di sini awak sambut hari jadi di negeri lain!” tulis seorang wargamaya lagi.
Menerusi tinjauan Gempak di Instagram, foto-foto sambutan ulang tahun kelahiran tersebut telah dipadam.
Terdahulu, Rara lantang menyuarakan pendapatnya meminta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali meletakkan jawatan setelah melanggar SOP yang telah ditetapkan.
#PKPB #Langgar SOP #Young Syefura
;