Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Didakwa Sebabkan Kematian Tertembak Kru Filem, Alec Baldwin Akan ‘Lawan’

Maliah Surip
22/01/2023 14:33 MYT
Setelah 15 bulan insiden Alec Baldwin tertembak mati seorang kru filem baharunya, Rust, penerbit dan aktor tersebut akan didakwa dengan pertuduhan membunuh tanpa niat, lapor pihak berkuasa.

Baldwin, 64, sebelum ini melepaskan tembakan daripada pistol prop pada set filem di New Mexico Santa Fe County.

Insiden tersebut menyaksikan kematian ahli sinematografi filem itu, Halyna Hutchins, 42, dan mencederakan pengarah Joel Souza.

Baldwin dan penyedia senjata untuk filem itu, Hannah Gutierrez-Reed, masing-masing akan didakwa dengan dua pertuduhan membunuh tanpa niat, tulis kenyataan yang dikeluarkan Peguam Daerah Kehakiman Pertama New Mexico Mary Carmack-Altwies.

Melalui wakilnya, Luke. Nikas, veteran Hollywood itu akan menegakkan keadilan, mahu ‘berlawan’ seterusnya menang dalam pengadilan kelak.

“Keputusan yang dibuat terhadap kes kematian tragik Halyna Hutchins sebuah keadilan yang teruk,” kata kenyataan yang diberikan kepada The Indipendent.

Justeru itu Baldwin akan berdepan dengan pertuduhan tersebut dan berazam untuk menang.

Sebelumnya, Baldwin telah banyak kali menafikan melakukan kesilapan atau dengan sengaja menembak mati kru filemnya.

Dia mendakwa tidak tahu senjata prop yang digunakan mempunyai peluru dan jika tahu, dirinya tidak akan melakukan aksi menembak.

Sementara itu, David Hall telah menandatangani perjanjian pengakuan atas tuduhan cuai.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Hollywood #KRU #Tembak #Alec Baldwin
;